Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Rok spontan demi amal memukau

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rok spontan demi amal memukau

Dec 09, 2017 | 05:30 AM



ADA yang menyifatkan Konsert Paling Rabakz di The Pavilion@Far East Square, Sabtu lalu, sebagai acara muzik anak Melayu terbaik tahun ini.



Sistem bunyian yang jelas dan tidak berdempik daripada ClubJazz Communications menambah keindahan suasana konsert rok yang 'jalan terus' tanpa sebarang masalah teknikal.



Rasa kagum dengan kebolehan band tempatan Klutz, StereoHype, Sazu, Nalo dan Malex menggegarkan pentas malam itu menyelinap di jiwa hadirin.



Lebih daripada itu, kemunculan legenda muzik rok, Man Kidal daripada kumpulan Lefthanded, Yazid daripada kumpulan Lovehunters, Yazit daripada kumpulan Search dan Khalid Mobin daripada kumpulan Rusty Blade, membuatkan ramai teruja menunggu sampai konsert dilabuhkan tirainya hampir 11 malam.



Setiap legenda ini berpeluang bergabung dengan band tempatan sambil menyanyikan lagu popular Lefthanded, Lovehunters, Search dan Rusty Blade.



Dalam pada itu, lebih 100 orang yang datang ke acara itu merupakan penyokong muzik tempatan yang juga ingin menyumbang kepada misi amal mengumpul dana buat rawatan anak kecil, Muhammad Royyan Nur Alam Shah.



Kanak-kanak berusia empat tahun itu menghidap penyakit jantung kongenital (sejak lahir) yang dikenali sebagai Sindrom Jantung Kiri Hipoplastik atau Hypoplastic Left Heart Syndrome (HLHS).



Ia dialami kerana proses pembentukan bahagian kiri jantung kanak-kanak itu terbantut.



Lantaran itu, keupayaan jantungnya menyalur darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh tersekat.



Sebanyak 15 peratus daripada hasil jualan tiket konsert yang bermula 5 petang itu disalurkan bagi membantu meringankan beban kos rawatan Muhammad Royyan.



Keluarga anak kecil itu hadir di konsert tersebut hingga ke akhirnya dalam usaha memupuk kesedaran ramai tentang keadaan penyakitnya itu.



Kata Franko, penganjur konsert dari Frankoland Management:



"Saya berbesar hati kerana bakat yang terlibat serta hadirin memberi maklum balas positif tentang mutu bunyian muzik malam itu dan semangat kerjasama pelbagai band dan syarikat yang kelihatan.



"Keseronokan dirasakan dengan Abang Yazit Search sempat menyatakan bahawa konsert ini bukan sahaja wadah orang ramai menikmati persembahan bermutu bahkan tampil menderma bagi golongan yang memerlukan."



Pemuzik Olly Maguire pula berkata:



"Awalnya, saya yang menemani kumpulan StereoHype ingin menonton hanya ketika mereka membuat persembahan sahaja.



"Tapi apabila menyaksikan kespontanan persembahan setiap kumpulan dan legenda yang digandingkan, saya langsung menonton sampai konsert habis."



Beliau memberi pujian kepada Clubjazz Communications yang memastikan bunyian muzik pada malam itu dikawal dengan baik.



"Biasanya, akan timbul isu sistem bunyian yang kurang bermutu di dalam konsert rok Melayu. Tapi kalau Man Kidal dah kata bunyian pada malam itu adalah yang terbaik diperolehi di Singapura, saya akur dengan kata-katanya.



"Seronok juga orang ramai menyanyi bersama lagu hit seperti Debunga Wangi oleh Lefthanded sejurus Man Kidal memetik gitar. Yazit Search pula masih 'bertaring' apabila mengetuk dram. Walau sakit, tenaganya lebih luar biasa daripada pemuzik muda," tambah Olly.



StereoHype turut mendendangkan beberapa lagu hit Audionauts, kumpulan asal beberapa anggota utamanya. Fatamorgana dan Andromeda adalah antara yang disajikan.



Apabila Klutz bergabung dengan Khalid Mobin, lagu Rusty Blade Taming Sari pula menarik perhatian ramai.



Sazu pula digandingkan dengan Yazid Lovehunters bagi lagu seperti Sambutlah Kasih dan Ku Ukir Namamu.



Malex pula menghidangkan lagu metal manakala Nalo pula seiring sejalan membuat persembahan lagu Lefthanded bersama Man Kidal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >