KERANA jarang membuka perihal cinta di hatinya, penyanyi Ayat-Ayat Cinta, Rossa, sering digosip memiliki hubungan istimewa dengan beberapa jejaka, baik di Indonesia mahupun Malaysia.
Salah seorangnya yang dikait rapat dengan Rossa atau nama sebenarnya, Rossa Roslaina Sri Handayani, 38 tahun, ialah pelantun lagu Bukan Cinta Biasa, Afgansyah Reza, 27 tahun.