Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Rumah Kanak-Kanak Pertapis jalani kerja baik pulih dengan kos lebih $1j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rumah Kanak-Kanak Pertapis jalani kerja baik pulih dengan kos lebih $1j

Oct 01, 2017 | 05:30 AM



Persatuan Taman Pengajian Islam Singapura (Pertapis) menyambut ulang tahunnya yang ke-47 tahun ini menerusi satu majlis makan malam pada 31 Oktober ini. Majlis yang bakal berlangsung di Orchid Country Club itu dijangka dihadiri sekitar 800 tetamu termasuk para pemimpin setempat. Wartawan FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) mendapatkan pandangan mereka yang bertanggungjawab di sebalik pertubuhan itu mengenai projek dan program terkini yang telah dilakukan demi terus memperbaiki mutu khidmat kepada penghuni rumah-rumah kebajikannya. Persatuan hanya perlu tampung 10% kos dengan bakinya dibayar pemerintah



KERJA penyelenggaraan berjumlah $1.3 juta telah dijalankan ke atas Rumah Kanak-Kanak Pertapis (PCH) sebagai sebahagian program baik pulih setiap lima tahun.



Ini termasuk kerja mengecat bahagian dalam dan luar bangunan, menukar keseluruhan bumbung, pembaikan kemudahan tandas, memperbaiki simen gelanggang bola keranjang dan gelanggang futsal, penukaran pintu dan kerja penukaran wayar.



Difahamkan kerja baik pulih kali ini adalah yang terbesar berbanding yang dijalankan sebelum ini.



Meskipun kosnya mencecah lebih sejuta dolar, Pertapis hanya perlu mengeluarkan 10 peratus daripada keseluruhan kos tersebut.



Baki 90 peratus ditanggung Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Mendedahkan demikian, Pengarah Eksekutif Pusat Pendidikan dan Kebajikan Pertapis, Encik Abdul Wahab Hussein, berkata kerja penyelenggaraan itu berlangsung antara pertengahan Februari dengan pertengahan Jun lalu.



"Ia diadakan secara bertahap dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kami bekerja rapat dengan pihak kontraktor semasa kerja tersebut dilakukan.



"Justeru, tidak banyak gangguan yang berlaku memandangkan ia berjalan lancar," dedah beliau.



Bangunan PCH yang dianggar berusia 89 tahun sebelum ini merupakan sebuah sekolah.



PCH yang sudah bermula 26 tahun lalu kini menempatkan kira-kira 60 kanak-kanak berusia antara empat dengan 16 tahun, dan mempunyai seramai 32 kakitangan.



Mereka yang ditempatkan ke PCH mempunyai tanda penderaan fizikal, seksual dan psikologi, selain terbiar atau terdedah kepada keganasan dalam keluarga.



Yang membimbangkan, sejak dua tahun lalu, sekitar 50 peratus daripada mereka mengalami dua atau tiga pengalaman sedemikian,



Ini dinyatakan Ketua PCH, Dr Sophian Kayat, semasa ditemui wartawan baru-baru ini.



"Sebab itulah di sini mereka bukan sekadar disediakan tempat perlindungan dan makanan sahaja. Tetapi yang penting mereka dapat rawatan bagi mengatasi trauma yang mereka lalui.



"Sebab itu juga warna cat yang dipilih bagi bangunan ini penting semasa kerja penyelenggaraan ini dilakukan.



"Warna juga mainkan peranan penting dalam rawatan sesetengah penghuni kami, " jelasnya.



Menurutnya, biasanya dalam tempoh sebulan mereka menjejakkan kaki masuk ke PCH, ramai penghuni menunjukkan sikap melawan, cuba melarikan diri atau tidak tahu apa yang ingin dilakukan.



Tidak kurang juga ada sesetengah mereka yang masih kencing malam pada usia remaja, tambah Dr Sophian.



"Namun menerusi program rawatan termasuk bimbingan kaunseling, dan klinikal yang diberikan, kami dapat atasi masalah-masalah ini secara perlahan.



"Akhirnya mereka dapat sesuaikan diri dengan rumah ini," ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >