SAINTIS telah mendedahkan apa yang dipanggil sebagai diet sesuai demi kesihatan bumi dan penghuninya - termasuk menambah pengambilan kekacang, sayuran dan buah-buahan sehingga seganda, selain mengurangkan pengambilan daging dan gula sehingga separuh.
Sekiranya dunia mematuhi diet Kesihatan Planet itu, penyelidik berkata lebih daripada 11 juta kematian pramatang boleh dicegah setiap tahun, sementara penghasilan gas rumah hijau akan dikurangkan, selain lebih banyak tanah, serta air dapat dipulihara.