Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Saintis kaji cara pastikan makanan kekal sedap meski kurang gula

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Saintis kaji cara pastikan makanan kekal sedap meski kurang gula

Dec 17, 2017 | 05:30 AM



APAKAH anda bayangkan coklat yang dimakan tetap akan terasa lazat meskipun kandungan gulanya lebih sedikit daripada selalu?



Segala impian merasa manisan kurang gula bakal menjadi kenyataan apabila saintis menemui cara mengubah struktur gula agar ia mudah larut sejurus dimakan.



Tiada bahan pemanis tiruan atau ekstrak tanaman yang diperlukan bagi mengurangkan rasa manis makanan.



Sebaliknya, saintis jenama Nestlé telah membangun proses yang boleh disamakan dengan pembikinan kristal gula berongga dan bukan lagi kristal gula pepejal.



Dalam satu temu bual bersama laman Bloomberg, Ketua Pegawai Teknologi Nestlé, Encik Stefan Catsicas, menjelaskan bahawa syarikatnya sedang cuba meniru struktur asli dalam makanan yang sulit dicapai dengan membahagikan kandungan gula secara tidak setara.



"Jika anda menggunakan mikroskop elektron bagi meninjau dalaman epal, anda akan lihat permukaannya yang tidak licin dan tidak seragam.



"Ada banyak lekuk dan ketumpatannya. Lantaran itu, dengan menghasilkan semula keragamannya, kita mampu mengembalikan kesan rasa yang sama," ujar Encik Catsicas.



Pengerusi Jawatankuasa Saintifik United Kingdom di Institut Sains Makanan dan Teknologi, Profesor Julian Cooper, pula memberitahu laman BBC bahawa kemajuan sebegini dalam dunia penghasilan makanan amat penting.



"Perkembangan ini menampakkan kemajuan pada dunia sains. Kebanyakan orang mengharapkan semua makanan dikurangkan kandungan gulanya demi kesihatan," katanya.



Pencapaian teknologi sebegini malah membawa kesan besar buat pengguna. Ia membantu Nestlé mengurus kadar kemanisan pada produk yang dihasilkan dengan menggunakan cara baru.



Nestlé malah sedang mengusahakan proses mendapatkan hak paten bagi proses baru itu dalam menjana produk lebih sihat pada 2018.



Gula berstruktur itu dikaji dan dihasilkan saintis Nestlé yang bertugas di kemudahan penyelidikan dan pengembangan di Switzerland dan United Kingdom.



Sejak 2007, jenama ini malah mengurangkan gula dalam produknya apabila ia mengenalkan dasar pengurangan gula global.



Sehingga penghujung 2016, ia bahkan berjaya mengurangkan gula tambahan yang digunakan sebanyak 39,000 tan.



Perisa coklat Nesquik dikurangkan kandungan gula tambahannya sebanyak 15 peratus manakala kandungan gula tambahan pada Nesquik perisa strawberi pula dikurangkan sebanyak 27 peratus pada 2015.



Kandungan gula produk ini malah akan dikurangkan lagi dari masa ke masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >