Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sajian sihat, berkhasiat

Demi menggalak masyarakat Melayu makan makanan berkhasiat pada Ramadan dan Hari Raya ini, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) memperkenal pakej Kehidupan Sihat semasa rumah terbuka Hari Raya dengan menyediakan resipi sihat untuk dicuba.
Jun 04, 2019 | 05:30 AM



KARI AYAM



Maklumat Nutrisi Tenaga



Jumlah Sajian: 4 = 1,500 kcal

Setiap Sajian 375 kcal



Bahan



300 gram nasi beras perang

30 gram pes nasi goreng

2 biji telur

1/4 sudu teh garam

1/2 sudu teh lada hitam

1 sudu teh minyak zaitun

4 keping daun pisang



Cara Memasak



1. Gaulkan nasi dengan pes nasi goreng dan tambah lada hitam. Ketepikan.



2. Pukul biji telur dan perisakan dengan garam dan lada hitam.



3. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali dan masukkan bancuhan telur untuk membuat telur dadar tipis.



4. Lipat telur dadar, potong tipis dan gaulkan dengan nasi yang sudah ditambah perisa.



5. Bersihkan daun pisang dan bubuh nasi di tengah-tengahnya dan bungkus nasi dan semat dengan lidi cungkil gigi.



6. Panggang bungkusan nasi di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 5- 10 minit sehingga wangi.



6. Hidang panas-panas.



Petua: Celur daun pisang di dalam air mendidih untuk melembutkannya supaya mudah dilipat.




SAGU GULA MELAKA



Maklumat Nutrisi Tenaga



Jumlah Sajian: 4 = 580 kcal

Setiap Sajian 145 kcal



Bahan



1 liter air

100 gram sagu biji, dibasuh dan ditapis hingga kering

40 mililiter gula Melaka yang sudah dimasak sehingga menjadi sirap

100 mililiterl susu soya tanpa gula

160 mililiter jus oren segar

Kulit limau (jika mahu)



Cara Memasak



1. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan sagu biji. Kacau berterusan sehingga sagu masak dan menjadi lut cahaya. Biarkan sejuk.



2. Gaulkan sagu dengan sirap gula Melaka dan susu soya.



3. Tambah jus oren.



4. Taburkan beberapa kulit limau (jika mahu) dan hidangkan.




TERIK TAUHU TEMPE



Maklumat Nutrisi Tenaga



Jumlah Sajian: 4 = 1,100 kcal

Setiap Sajian 275 kcal



Bahan



1 sudu teh bawang putih

50 gram bawang merah

75 gram kunyit segar

1 sudu teh ketumbar serbuk

1 sudu besar gula perang

1 sudu besar minyak bunga matahari

1/2 cawan susu cair rendah lemak

1 helai daun salam

2 sudu teh serai yang ditumbuk

200 gram tauhu, dipotong lapan

300 gram tempe, dipotong kecil

1/2 cawan air

Garam secukup rasa



Cara Memasak



1. Masukkan bawang putih, bawang merah, kunyit, ketumbar serbuk dan gula perang ke dalam pengisar makanan dan kisar sehingga menjadi pes.



2. Panaskan minyak bunga matahari di dalam kuali dan goreng kilas bahan kisar sehingga wangi.



3. Masukkan susu cair rendah lemak, daun salam dan serai.



4. Tambah tauhu dan tempe dan air, biarkan mendidih sehingga masak.



5. Tambah garam secukup rasa.




KARI KEPALA IKAN ASAM



Maklumat Nutrisi Tenaga



Jumlah Sajian: 4 = 800 kcal

Setiap Sajian 200 kcal



Bahan



1 kepala ikan (saiz sederhana, kira-kira 325 gram)

2 sudu besar minyak sayur

2 ulas bawang merah, dihiris

2 ulas bawang putih, dihiris

2 hiris halia

11/2 sudu besar kunyit serbuk

3 tangkai cili padi

21/2 sudu besar rempah kari ikan serbuk

1 pelepah daun kari

1 cawan air

2 biji tomato, dipotong empat

1/4 kubis putih, dipotong kecil

4 batang kacang bendi, dipotong

80 gram potongan nanas

1/3-1/2cawan jus limau nipis (sesedap rasa)

150 mililiter susu cair rendah lemak

2 sudu teh gula

Garam secukup rasa

Daun ketumbar (untuk hiasan)



Cara Memasak



1. Kukus kepala ikan selama 12-15 minit.



2. Goreng bawang merah, bawang putih dan hirisan halia di dalam kuali dengan minyak sayur sehingga wangi. Tambah kunyit dan rempah kari ikan. Masak selama 3-5 minit dengan api kecil.



3. Tambah cili padi dan daun kari yang dilumatkan. Masukkan air dan biarkan mendidih.



4. Masukkan tomato, kubis dan kacang bendi dan biarkan mendidih selama 3-5 minit lagi.



5. Tambah satu cawan air lagi.



6. Masukkan nanas, jus limau nipis dan susu cair rendah lemak dan kacau. Masak selama beberapa minit lagi.



7. Masukkan kepala ikan ke dalam kuah. Perisakan dengan gula dan garam.



8. Terbalikkan kepala ikan dan biarkan terus mendidih selama 3 minit lagi.



9. Hiaskan dengan daun ketumbar ketika menghidang.




SOTO AYAM MADURA



Maklumat Nutrisi Tenaga



Jumlah Sajian: 4 = 1,000 kcal

Setiap Sajian 250 kcal



Bahan



8 cawan air

600 gram ayam yang dibuang kulit

5 helai daun limau nipis

2 batang serai

2 sudu besar halia

1 sudu kecil kunyit

1/2 sudu teh garam

10 gram ketumbar

4 ulas bawang putih

8 biji bawang merah

1/4 cawan air

1 sudu besar minyak kanola

4 biji telur, dimasak dan dipotong tipis (jika mahu)



Cara Memasak



1. Masukkan ayam dan semua bahan (kecuali ketumbar, bawang merah, bawang putih dan minyak kanola) ke dalam periuk berisi air. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana selama 1 jam.



2. Tapiskan air rebusan dan buang buih. Masak di atas api kecil dan biarkan sehingga air rebusan menjadi jernih.



3. Sementara itu, siapkan pes rempah dengan mengisar ketumbar, bawang merah dan bawang putih dengan 1/4 cawan air menggunakan mesin pengisar makanan sehingga sebati.



4. Masukkan pes rempah ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga kering. Tambah minyak kanola dan terus menggoreng sehingga wangi (kira-kira 4 minit).



5. Masukkan ayam dan air rebusan ayam (cara nombor 1) ke dalam pes dan biarkan mendidih selama 40 minit.



6. Keluarkan ayam dan carik-carik isinya.



7. Hidangkan panas-panas dan tambah potongan telur (jika mahu).




NASI LIWET DENGAN BERAS CERUH



Maklumat Nutrisi Tenaga



Jumlah Sajian: 4 = 1,500 kcal

Setiap Sajian 375 kcal



Bahan



400 gram paha ayam, dibuang tulang dan kulit dan dipotong kecil

1/4 sudu teh garam

1 sudu besar minyak bunga matahari

2 biji bawang besar, dipotong empat

1/2 sudu teh cili serbuk

1/2 sudu teh kunyit serbuk

1 sudu teh rempah kari serbuk

4-5 helai daun kari

1 sudu teh halia serbuk

2 ulas bawang putih, dilumat

480 mililiter susu cair rendah lemak

1 biji lada benggala hijau, dihiris

1 biji lada benggala merah, dihiris

1/4 sudu teh lada hitam



Cara Memasak



1. Lumurkan garam pada paha ayam.



2. Panaskan minyak di dalam kuali tidak melekat dan tumis bawang besar selama 1 minit.



3. Tambah cili serbuk, kunyit serbuk, rempah kari serbuk, daun kari, halia serbuk dan bawang putih. Masak dengan api kecil selama 1-2 minit.



4. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.



5. Masukkan susu cair dan lada benggala dan biarkan sehingga mendidih. Perasakan dengan lada hitam.



6. Kecilkan api dan tutup kuali sehingga lauk mendidih selama 15-20 minit atau sehingga ayam masak.



7. Hidangkan panas-panas bersama nasi beras ceruh atau roti mil penuh.



Petua: Bagi pilihan yang lebih sihat, ganti susu dengan yogurt Greek biasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >