Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Saksikan Sanisah Huri, Yusnor Ef di Malam Sastera sempena ulang tahun ke-60 BH

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Saksikan Sanisah Huri, Yusnor Ef di Malam Sastera sempena ulang tahun ke-60 BH

Sep 24, 2017 | 05:30 AM



SENIMAN dan penyanyi popular, Yusnor Ef dan Sanisah Huri akan menyemarakkan Malam Sastera pada 5 November ini.



Bertemakan Asmara Dalam Lagu, acara itu diadakan sempena Pesta Penulis Singapura (SWF), selain meraikan ulang tahun ke-60 Berita Harian (BH) tahun ini.



Acara eksklusif ini terbuka kepada 200 orang pertama sahaja.



Biduanita yang diminati ramai ini akan menghiburkan peminatnya dengan lagu-lagu popular pilihan beliau sepanjang 50 tahun berkecimpung dalam arena seni.



Menariknya, irama atau seni kata bagi lagu-lagu yang didendangkan ini adalah hasil ciptaan Yusnor Ef atau lebih dikenali sebagai Cikgu Yusnor.



Acara pada Ahad, mulai 8 malam itu akan berlangsung di auditorium Ngee Ann Kongsi di Galeri Nasional Singapura di 1, St Andrew's Road.



Bangunan terletak berdepan Padang ini dahulunya dikenali sebagai Bangunan Dewan Bandaraya dan menempatkan Mahkamah Tinggi.



Tiket berharga $80 boleh dibeli di laman tiket Sistic di https://www.sistic.com.sg/events/cswf2017y



Pembeli awal tiket SWF STAGE: Malam Sastera IV: The Icons of Music berpeluang menikmati potongan harga 20 peratus - hanya perlu membayar $64 sahaja untuk setiap tiket.



Tiket juga boleh dibeli dengan menghubungi talian hotline Sistic di 6348-5555 antara Isnin dan Sabtu dari 10 pagi hingga 8 malam atau pada Ahad dan cuti umum dari 12 tengah hari hingga 8 malam.



Orang ramai juga boleh membeli di kaunter Sistic di pusat beli-belah di Anchor Point, Bukit Panjang Plaza, Bedok Mall, JEM, Nex, Tampines Mall dan White Sands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >