LONDON: Mohamed Salah telah memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA), seterusnya menjadi pemain Mesir pertama menerima anugerah berkenaan.
Penyerang Liverpool berusia 25 tahun itu mengalahkan Kevin de Bruyne, Harry Kane, Leroy Sane, David Silva dan David de Gea dalam undian oleh para pemain lain.