Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Salun rambut bangkit daya kreatif lulusan ITE

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Salun rambut bangkit daya kreatif lulusan ITE

Dec 18, 2018 | 05:30 AM



Dalam melayari cabaran dunia futuristik, sesetengah anak muda mungkin payah membayangkan diri mereka sebagai tukang gunting rambut atau penjaja gerai. Namun, beberapa anak muda menyahut cabaran menjalankan pekerjaan yang biasanya dikaitkan dengan usahawan generasi lama. Pilihan ini dibuat setelah meraih manfaat dan melihat kehidupan mereka berubah secara positif, hasil mengambil kursus kemahiran di Institut Pendidikan Teknikal (ITE). Dengan keputusan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'N' diterima semalam, wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) membentangkan pilihan yang boleh dibuat pelajar jika memilih laluan ITE.



MINAT Encik Muhammad Solihin Zohari dalam seni menggunting rambut tercetus apabila mengamati ayahnya begitu gigih memotong rambut pelanggan di kedai guntingnya.



Kenangan sewaktu zaman kanak-kanak itu begitu terpahat di ingatan pemuda berusia 25 tahun itu, lebih-lebih lagi tatkala mengingatkan hadiah yang diberi sang ayah berupa alat pangkas rambut atau 'clipper'.



Namun, semangat yang berkobar-kobar itu dirasakan pudar setelah abangnya meninggal secara mengejut menyusuli satu persembahan tarian kerana masalah jantung.



Pemergian abang yang dikasihi membuatkan ayah Encik Muhammad Solihin bersedih dan hilang minat meneruskan perniagaan gunting rambutnya itu.



Encik Muhammad Solihin pula tidak pasti tentang arah tujunya selepas menerima keputusan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'N'.



Beliau terdesak mengambil kursus kejuruteraan automatif di ITE Balestier tetapi keciciran selepas enam bulan.



Hanya setelah menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan latihan ketenteraan di Brunei, beliau mula serius memikirkan cita-citanya mendalami kursus Nitec dalam Fesyen dan Reka Bentuk Rambut di ITE.



Langkah tersebut mengubah hidupnya yang kini mengendalikan salun rambut dan hias diri lelaki, Renaissance Barber Co di North Bridge Road.



Dengan pasukan kecilnya, Encik Muhammad Solihin berjaya meraih tempat kedua dalam peraduan kemahiran seni fesyen rambut dan dandanan, Anugerah Golden Scissors (Kategori Kreatif/Fantasi).



Beliau kini membimbing dua belia, Encik Muhd Fakhaeirul Afwan Sabtu, 17 tahun, dan pelajar ITE, Encik Muhammad Iffat Al-Malik Abdullah, 18 tahun.



Ketika ditemui Gah! baru-baru ini, Encik Muhammad Solihin berkata:



"Saya tidak menduga seni menggunting rambut ini akan menjadi sumber pencarian rezeki saya. Dulu, tidak ramai anak muda yang ingin menjadi tukang gunting rambut.



"Namun, sejak akhir-akhir ini, ia menjadi kerjaya yang cool untuk diceburi apabila salun gunting rambut moden bertambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan mengikut trend dan fesyen masa kini."



Titik tolak baginya menggilap kemahiran fesyen rambut dan menjaga kulit kepala di ITE adalah ketika menonton video jurudandan rambut terhebat di Los Angeles, Daniel Alfonso, memulakan perniagaannya di garaj.



"Hingga ke hari ini, Daniel adalah idola saya. Di ITE, saya diberi peluang mempromosikan kursus fesyen dan reka bentuk rambut di sekolah menengah malah menjadi wajah poster promosi kursus ini.



"Saya bekerja siang malam di kafe Starbucks dan menggunting rambut di salun Tony & Guy bagi membiayai pengajian di ITE.



"Apabila saya berjaya membuka salun ini, ia adalah permulaan baru buat saya bangkitkan semangat ingin berjaya. Tidak mudah mengurus pekerja malah keperitannya terasa apabila mereka hilang minat dan berhenti sekali gus.



"Kini, saya melihat anak muda seperti Fakhaeirul dan Iffat sebagai memberi harapan baru. Mereka bawa stamina anak muda mereka dan idea dari sekolah dalam teknik gunting rambut kami," kongsinya lagi.



Ditanya mengenai prinsip jayanya, Encik Muhammad Solihin menambah:



"Saya pegang pada kata-kata ayah dan pensyarah saya bahawa jika kita ingin dihormati dan dihargai, kita harus hormati dan menghargai orang lain terlebih dahulu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >