Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Sambil ke pasar Geylang, mandi peluh dengan bersenam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sambil ke pasar Geylang, mandi peluh dengan bersenam

Jul 27, 2019 | 05:30 AM



SELALUNYA, ramai yang akan berkunjung ke Geylang Serai pada pagi hujung minggu untuk ke pasar bagi mendapatkan keperluan dapur.



Apa kata, pada 4 Ogos nanti, anda sertai Pesta Kesihatan di Wisma Geylang Serai (WGS) sesudah membeli-belah?



Diadakan buat pertama kalinya, Pesta Kesihatan akan menampilkan pelbagai kegiatan menarik bagi setiap lapisan umur.



Pada 9.15 pagi, orang ramai boleh menyertai senaman pagi dalam segmen Senam2 Pasar bersama Sharifah Nawal Mohamed Alhaddad, pengasas Nawal Hadad Fitness & GLOWco.



WGS menyasarkan seramai 200 peserta untuk turut bersenam beramai-ramai dalam acara tersebut.



"Kegiatan Senam2 Pasar ini mengajak orang ramai untuk bersenam sebelum mahupun sesudah mereka ke pasar.



"WGS dihubungkan dengan Pasar Geylang Serai, jadi lebih senang untuk mereka mengunjungi WGS untuk turut serta," kata Penolong Pengarah, Pengaturcaraan Bersepadu dan Hubungan Pelanggan WGS, Encik Yunus Haroon.



Jika anda berminat menyertainya, anda boleh mendaftarkan diri di https://tinyurl.com/y3ljn6d4



Terdapat cenderamata menarik bagi 200 peserta pertama.



Selain itu, anda juga boleh mendengar ceramah kesihatan tentang penyakit kencing manis.



Seiring anggota panel yang lain, Dr Elly Sabrina membongkar mitos kesihatan yang sering membelenggu masyarakat Melayu.



Acara itu diadakan kerana WGS ingin memberi pengalaman menyeluruh kepada pengunjung, selain menjadi pusat sivik sosial dan budaya.



Terdapat juga permainan sesuai untuk si cilik dan seisi keluarga!



Ia termasuk 'bouncy castle', sukan memanah, bola sepak, batu seremban, 'floorball', 'Snake & Ladder', 'aeroplane chess' dan banyak lagi.



Bukan itu saja, malah, peserta akan turut dihiburkan oleh kumpulan Swing City Band.



"WGS berharap Pesta Kesihatan ini akan mendapat sambutan orang ramai agar ia akan menjadi acara tahunan yang boleh disertai bersama," kata Encik Yunus.



Pesta Kesihatan akan berlangsung pada 4 Ogos, dari 9 pagi hingga 1 petang di WGS. Masuk adalah percuma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >