DEMI menimbulkan minat pada teknologi, dua ibu sanggup menemani anak mereka ke bengkel penciptaan digital untuk belajar ilmu baru agar menjadi lebih celik digital.
Cik Tina Misribot Sarnawi (tiga dari kiri) dan Cik Norazalina Rohani bersama anak mereka telah mengikuti beberapa bengkel yang mengajar tentang micro:bit - sejenis komputer bersaiz kecil yang membolehkan pengekodan.