Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

'Sangkar' beri ruang Zul, Remy amati nilai keluarga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Sangkar' beri ruang Zul, Remy amati nilai keluarga

Sep 12, 2019 | 05:30 AM



LUPAKAN sahaja filem seram Melayu atau Indonesia yang membanjiri pasaran buat masa ini kerana kesannya yang mengecewakan.



Sebaliknya, tonton Sangkar, filem aksi lasak tentang seni mempertahankan diri campuran (MMA) yang mampu menyentuh jiwa kerana nilai-nilai kekeluargaan dan persahabatannya.



Hasil pengamatan wartawan dan penonton di Singapura dan Malaysia, ia boleh disifatkan sebagai filem Melayu yang memberi harapan cerah mengenai mutu sesebuah karya seni yang tidak diperlekeh.



Sangkar juga dijayakan tiga pelakon hebat yang menjadi kegilaan ramai pengikut dunia hiburan Melayu di Nusantara - Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah.



Baru-baru ini, Zul, 32 tahun, dan Remy, 37 tahun, berada di pawagam The Cathay di Singapura bagi menemui lautan peminat mereka.



Mereka adalah peneraju watak Adam (Zul) dan Johan (Remy) yang berlawan di luar gelanggang sehingga Johan cedera parah dan lumpuh.



Dari awalnya musuh, mereka menjadi sahabat yang saling memberi dorongan buat satu sama lain walaupun jerih payah dan emosi benci menguasai hati.



Ikuti wawancara Berita Harian bersama kedua-duanya.



SOALAN (S): Apakah perasaan anda apabila 'dilamar' bagi filem 'Sangkar'?



JAWAPAN (J): Remy: Apabila penerbit Gayatri Su-Lin Pillai dan pengarah Kabir Bhatia menawarkan peranan ini kepada saya, saya tertanya-tanya apakah peranan ini masih relevan lagi kepada saya. Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai berat badan 80 kilogram. Saya baru sahaja 73 kilogram. Bolehkah saya memikul peranan ini?



Zul: Watak sebagai petinju MMA adalah sesuatu yang saya dambakan selama ini. Setiap pelakon inginkan cabaran dalam kerjayanya. Saya kira watak Adam ini membawa bersamanya cabaran yang saya nanti-nantikan. Alhamdulillah, ia datang tepat pada masanya.



S: Apakah yang diperlukan dalam membuat persiapan bagi watak ini?



J: Zul: Saya harus corak diri saya menjadi apa yang sepatutnya ada dalam diri seorang petinju MMA. Wajah, gaya dan penampilannya bagaimana, disusuli dengan wataknya - apa yang diperlukan?



Nampak macam mudah, tetapi ia memerlukan komitmen dan kebijaksanaan dalam menyesuaikan diri dengan koreografi MMA yang diperlukan.



S: Apakah cabaran yang dihadapi?



J: Remy: Apabila anda kian berusia dan sudah lama dalam industri, anda tertanya-tanya masih mampukah anda menghidupkan watak Johan ini? Saya tak begitu yakin. Bagaimanapun, sebagai pelakon saya selalu mencabar diri saya walaupun saya risau juga sebab banyak kemalangan berlaku dalam dunia MMA. Alhamdulillah, teknik kamera membantu.



Zul: Saya bersiap sedia bagi sebarang cabaran fizikal dalam filem ini. Namun, yang paling mencabar adalah babak Remy maafkan saya di tepi padang. Dari awal lagi, saya tahu babak ini memerlukan fokus dan perhatian sebab kita bermain dengan emosi kita.



S: Apakah pengajaran yang penonton boleh bawa pulang selepas menonton 'Sangkar'?



J: Remy: Sangkar adalah kisah persahabatan dan kekeluargaan. Banyak perihal tentang kehidupan yang mereka boleh pelajari. Banyak adegan menyentuh hati - dari musuh menjadi kawan; dari benci menjadi sayang.



S: Apakah tanggapan Zul tentang MMA selepas berlakon dalam filem ini?



J: Zul: Ia bukan setakat filem aksi sukan yang baik, tetapi ia sarat dengan emosi. Ia mengajar penonton tentang kehidupan. MMA lasak, tetapi ada getaran nadi penuh emosi di situ.



S: Mungkinkah anda ingin bertukar peranan?



J: Remy: Peranan Adam dengan muka budak jahat hanya sesuai buat Zul. Saya muka budak baik. Jadi, saya tak fikir saya nak bawa watak Adam.



Zul: Saya paling hargai nilai kekeluargaan dalam Sangkar. Adam berjuang demi keluarga. Dia rela buat segalanya kerana keluarga, macam saya. Saya akan selalu terkenangkan arwah ibu. Dalam setiap apa yang saya usahakan, saya tak kisah apa pun orang kata. Saya hanya ingin ibu saya tersenyum mengamati kerja seni saya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >