HIDANGAN makanan laut masih boleh dinikmati tanpa mengikut konsep shell out di Cajun On Wheels (C.O.W.), sebuah tempat makanan laut berkonsepkan trak makanan ala di Louisiana, Amerika Syarikat.
Shell out ialah salah satu konsep makanan yang kian popular iaitu makanan laut dimasak, diletakkan dalam baldi dan disajikan atas meja secara berselerak dengan beralas plastik.