Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Sayang Dayang 'secukup rasa'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sayang Dayang 'secukup rasa'

Jan 04, 2020 | 04:37 PM



SETIAP kali anda melangkahkan kaki ke dewan konsert bagi menikmati santapan halwa telinga terbaik dari sang penyanyi, anda pastinya mengidamkan lebih daripada setakat vokal bertenaganya.



Apa erti konsert tanpa humor yang mencuit hati? Apa makna persembahan jika tiada iringan muzik syahdu menikam kalbu atau irama rancak sehingga anda terasa ingin menari sama?



Rencah-rencah ini ternyata secukup rasa disajikan Ratu Runut Bunyi Drama dan Filem, Dayang Nurfaizah Awang Dowty pada Konsert Dayang Dua Dekad di Teater Mediacorp, baru-baru ini.








Pentas konsert awalnya kelihatan kosong ditutupi tirai dengan cahaya lampu tumpu terpancar pada mikrofon yang berdiri megah menanti sang penghibur.



Kedengaran suara bak buluh perindu Dayang, 38 tahun, menyanyikan lagu ‘hit’ Tak Pernah Menyerah.



Ia disusuli Seandainya Masih Ada Cinta dan Mana Mungkin yang lebih menekankan mutu suaranya yang tidak jauh beza daripada apa yang anda dengar menerusi gedung digital.



Jika konsert pertama Dayang di Singapura sempena Tahun Baru 2018 di Esplanade sudah cukup memukau perhatian kerana jenaka Dayang yang bersahaja, konsert kali ini memberi kesan lebih lagi.



Dayang yang menggelar dirinya ‘Ratu Lagu Frust’ atau ‘Ratu Lagu Putus Cinta’ lebih manja pada malam itu dan giat mengusik penonton.



Apabila ada yang melaungkan rasa cintanya sambil memuji: “Dayang cantiklah!”, Dayang menyahut pula: "Memang dah tahu dah!”



Mengulas mengapa lagu-lagu putus cinta begitu sinonim dengan dirinya, beliau membuat penonton tergelak apabila berkata:



“Entahlah, asyik diberi lagu putus cinta...padahal Dayang tak pernah tau merasakan macam tu...”



Ada penonton di belakang penulis tertawa seraya selamba mengusik Dayang yang dikaitkan ‘bercinta’ dengan rakan duetnya Hael Husaini:

“Alah...Dayang memang tak pernah putus cinta tapi sedang bercinta bukan?”



Saya boleh sifatkan konsert ini sebagai acara hiburan penutup tirai 2019 yang paling meninggalkan kesan dalam saya mengamati persembahan sepanjang tahun lalu.





Sebabnya, Dayang turut memberi penghormatan buat biduanita legenda Singapura, Rahimah Rahim, Nona Asiah dan Anita Sarawak, dengan menyanyikan semula lagu mereka, Gadis Dan Bunga, Jikalau Abang Merindu serta Joget Sayang Disayang.



Syabas buat penganjur Shiraz Projects kerana memilih lokasi yang baik, mudah dikunjungi dan selesa dalam kita ingin menikmati sajian hiburan.



Set pentas tidak terlalu ‘over’. Penata bunyi dan pemuzik memberi komitmen 100 peratus dalam memastikan irama yang berkumandang ibarat membawa anda memasuki zon Dayang  yang serba menghiburkan.



Jika dua tahun lalu dalam konsert Tahun Baru Esplanade, Dayang resah sebab pelekat pengawas bunyi di telinganya asyik tertanggal, kini Dayang yang bergaun hijau  terperanjat seketika apabila ropol di bahu kanannya pula terbuka.



Namun, daya persembahannya tidak pernah dihambat masalah ‘wardrobe malfunction’ (kerosakan kostum).



Selamba dan bersahaja begitulah Dayang. Apabila bersama Hael yang muncul sebagai tetamu khas konsert ini, Dayang cukup manja dan biarkan penonton mengusiknya dan teman tapi mesranya itu.



Hael pula ikutkan sahaja seraya berkata: “Nak make it official ke?” (Nak umumkan secara rasmi hubungan kita ke malam ni?).



Lagu yang menaikkan nama mereka sebagai pasangan duet, Haram dan lagu terbaru Hari Ini membuat peminat yang ingin mereka menjalin hubungan serius ‘mengigau’ seketika sambil berkata: “Cepatlah Dayang, Hael kahwin!”



Dapat ditinjau perjalanan seni Dayang dengan lagu Hakikat Cinta yang dirakam pada usia 15 tahun disampaikannya malam itu.





Dayang menyanyikan lagu barunya Sebentar tentang pentingnya setiap insan tidak harus ada semangat putus asa yang perlu digantikan dengan kesabaran – sesuai bagi azam Tahun Baru 2020.



Di Pintu Syurga dan Lelaki Teragung yang boleh menyentuh emosi anda kemudian berkumandang sebelum luahan cinta Dayang buat peminatnya menerusi lagu ikonik Dayang Sayang Kamu mengakhiri konsert penuh jiwa dan tenaga ini.



Dayang bukan sahaja menyentuh jiwa penonton tetapi rasanya turut dihormati bintang lain bukan calang-calang seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Noryn Aziz yang mendoakan agar konsertnya berjalan lancar di Instagram.



Interaksinya yang tidak putus-putus dengan keikhlasan terpancar pada wajah menjadikan konsert ini sebagai acara yang meninggalkan kenangan manis sampai bila-bila. Kalau Dayang Sayang Kamu (peminatnya), kami pun sayang Dayang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >