PERSONALITI HIBURAN
Sejarah hijrah penduduk awal S'pura dalam lagu elektronik
Band duo tiga bahasa (Inggeris, Melayu, Korea) selami jiwa resah, rapuh
Jan 02, 2020 | 05:30 AM
MUZIK elektronik yang biasanya disajikan kumpulan setempat whirring lebih menjurus ke arah penerokaan rasa resah dan rapuh dalam diri belia 20-an tahun.
Dengan penglibatan mereka dalam program bimbingan muzik bersama artis mapan, The Great Singapore Replay (TGSR) Musim Kedua, whirring yang terdiri daripada Aqid Aiman, 26 tahun dan Michelle Jeon Hye, 23 tahun, menjelajah pula unsur-unsur sejarah Singapura.