Selami misi pulihara penyu di Maldives
Belia Melayu ikuti pengajian teknologi rawatan haiwan serta pemuliharaan dan biologi hidupan liar kerana sayangkan binatang
Cinta mereka terhadap haiwan dan kerja pemuliharaan hidupan liar dan laut memang menebal sejak mengikuti kursus Diploma Teknologi Rawatan Haiwan di Politeknik Temasek. Bermula dengan impian menjadi doktor haiwan, tiga anak Melayu ini berusaha menjalankan kerja murni bagi memastikan ekosistem bumi tidak terjejas serta mempunyai rasa belas terhadap haiwan. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
KEMBARA Cik Nur Shabrina Zulkifli dan Encik Rushan Abdul Rahman ke Pusat Teroka Marin di Maldives tiga tahun lalu bertujuan melakukan kerja pemulihan semula dan pemuliharaan penyu yang hanyut dan terapung-apung di laut.