BERBEKALKAN idea kreatif yang dijana dari pengamatan kehidupan harian sebagai warga Singapura, pembikin filem tempatan juga boleh menyumbang kepada ekosistem filem Nusantara yang kian bersemarak dengan karya bermutu.
Potensi dan kemungkinan besar mereka bekerjasama dengan karyawan filem Malaysia, Indonesia dan Brunei juga mampu diteroka jika tahu cara dan wadahnya atau jika ada rangkaian kenalan yang boleh membantu.