ZUMBA BERSAMA 'BERITA HARIAN' DI OUR TAMPINES HUB
Senam zumba tidak kira usia, jantina
Mar 05, 2019 | 05:30 AM
SEBELUM melangkah masuk ke dalam dewan 'The Arena' di Our Tampines Hub (OTH) bagi mengikut acara zumba beramai-ramai, Encik Mazlan Muhammad mula berfikir dua kali.
Perasaan malu dan gementar mula menyelubungi diri, lebih-lebih lagi apabila tidak kelihatan satu pun bayangan kaum Adam di situ.