Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Senaman 'cool' untuk dicuba tahun ini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

TINGKAT KECERGASAN

Senaman 'cool' untuk dicuba tahun ini

Feb 04, 2019 | 05:30 AM



ASYIK makan, makan dan diet.



Bagi anda yang sensitif bercakap dan membaca mengenai topik makanan dan tabiat makan, apa lagi jika lebih cergas menjadi salah satu matlamat yang ingin anda capai tahun ini, bersenam antara satu cara penting ke arah mengamalkan gaya hidup sihat.



Biasanya apabila tiba tahun baru, ramai membuat perancangan untuk mengempiskan perut, melangsingkan badan dan memiliki bentuk tubuh sado seperti ahli bina badan, tetapi masuk sahaja Februari, rancangan yang diatur mungkin setakat tinggal angan-angan semata.



Antara sebabnya, terlalu banyak yang mahu dibuat hingga tidak tercapai dan tidak terbuat.



"Sesetengah orang beranggapan bahawa tidak ada gunanya memikirkan mahu bersenam jika anda tidak dapat meluangkan masa selama 60 minit untuk ke gimnasium," kata Encik Steve Kamb, jurulatih kecergasan dan pengasas laman NerdFitness kepada The Sunday Times baru-baru ini.



Katanya, memberanikan diri ke gimnasium dan menghabiskan masa 20 saat di situ sudah cukup baik.



"Ada kala sama ada anda dapat menamatkan sesuatu rutin tidak penting. Usaha anda pergi ke gimnasium sahaja sudah berupa satu kejayaan," kata Encik Kamb.



Majalah Her World keluaran Januari mencadangkan anda meneruskan rancangan anda ke arah gaya hidup sihat dan memulakannya dengan rutin atau sasaran yang mudah.



Mulakan dengan senaman yang boleh menimbulkan rasa seronok supaya anda mahu sentiasa mengulanginya secara konsisten. Tidak kiralah apa juga jenis gerakan, ia mungkin dalam bentuk berjalan kaki selama 20 minit lima kali seminggu.



Untuk menjadikannya lebih seronok, anda boleh berjalan bersama isteri, suami, anak atau teman. Kalau boleh, perbaiki catatan masa anda, contohnya berjalan sejauh lima kilometer dalam tempoh masa tertentu.



Anda juga boleh mencabar diri anda agar dapat memakai pakaian yang bersaiz lebih kecil berbanding sekarang.



Sebagai inspirasi, Her World mencadangkan gerakan senaman berikut:



BALET



Gerakan seperti tarian balet ini memberi fokus pada membakar lemak di bahagian tertentu seperti paha, postur tubuh dan meningkatkan kelembutan pergerakan.



YOGA



Terdapat pelbagai kelas yoga. Ia dikatakan baik untuk menenangkan fikiran dan tubuh menerusi pergerakan tertentu.



SERTAI KELAS/SESI  SENAMAN DIBIMBING



Sesi begini mungkin kelihatan intensif dan sukar tetapi ia cara berkesan bagi membolehkan anda melihat dan merasai sendiri keberkesanannya.



Gerakan senaman mungkin termasuk mencangkung, mengangkat besi, gerakan bagi menguatkan pinggang, perut dan lain-lain yang dapat membantu menghilangkan lemak.



LOMPAT GUNA TRAMPOLIN UNTUK KUATKAN KARDIO



Senaman jenis ini mungkin perit, tetapi ia cara berkesan untuk mengempiskan perut dan menghilangkan lemak.



Untuk menjadikannya lebih seronok, anda tidak semestinya berlari atau menggunakan treadmill. Anda juga boleh menggunakan trampolin untuk melakukan lompatan.



Terdapat kelas atau sesi yang menggabungkan lompatan dan dansa yang baik untuk mengeluarkan peluh - dalam sesetengah sesi, lompatan selama hanya 10 minit bersamaan dengan tenaga yang diperlukan untuk berlari selama 30 minit.



Senaman jenis ini baik untuk membina stamina, kekuatan dalaman dan membantu tubuh membakar lemak. Tambahan pula ia menyeronokkan.



SESI KEMPISKAN PERUT



Siapa yang tidak mahukan tubuh yang langsing, perut yang kempis lagi berketak-ketak dengan otot yang menyerlah (six pack).



Sesi selama sekurang-kurangnya 30 minit menggunakan barbell atau dumbbell dan peralatan sesuai boleh menguatkan otot pinggang, punggung, paha dan bahagian tubuh lain.



Lecehlah kalau perlu angkat besi. Baiklah buat planking sahaja (lihat gambar).



Planking ialah kegiatan meniarap dengan tubuh tidak mencecah lantai dan seluruh berat badan disangga oleh kededua lengan dan jejari kaki menggunakan otot bahu, belakang dan perut.



Cuba buat senaman ini selama 30 saat. Ia dapat menjadikan anda lebih bertenaga, memperbaiki postur dan meningkatkan kelembutan.



Otot membakar lebih banyak kalori daripada lemak, jadi planking dapat membantu membakar lebih banyak kalori tanpa anda perlu melakukan senaman lain atau pergi ke gimnasium.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >