Seni jadi jambatan ikatan antara kaum

Pelukis lihat peranan lebih daripada sekadar berseni, sebaliknya proaktif bina pertalian dengan seniman bukan Melayu

Sekilas pandang, peranan pelukis setempat dilihat berpusar di sekitar usaha menambah estetika sekitaran dan ruang di mana-mana karya mereka dipamerkan. Bagaimanapun, pelukis Melayu Singapura yang berwawasan juga kian memainkan peranan penting malah menyumbang ke arah pembangunan negara. Antara misi yang digerakkan termasuk membina jambatan keharmonian kaum bersama pelukis bangsa lain, mengharumkan nama Singapura ke luar negara dan mengilhamkan karya mengenai pertahanan negara. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkannya di halaman ini dan muka sebelah.

SEBAGAI pelukis yang proaktif membina jambatan persaudaraan dengan seniman bukan Melayu di Singapura atau luar negara, Encik Abu Jalal Sarimon melihat peranannya lebih daripada setakat meluah rasa tentang isu yang membebani fikiran.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan