Ada pepatah Inggeris berbunyi "Do one thing every day that scares you" atau dalam bahasa Melayu, "Lakukan satu benda setiap hari yang menakutkan anda". Setiap orang mempunyai sesuatu yang mereka takuti, seperti takut bercakap di depan orang ramai, takut air atau lebih serius, takut menghadapi cabaran hidup. Dalam laporan ini, kami kongsi kisah dua pemuda - seorang berusaha mengharungi cabaran hidup, dan seorang lagi tugasnya menggalak orang ramai menghapuskan rasa takut. FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) dan NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) melaporkan.
CABARAN kehidupan yang dilalui Encik Mustafa Kamal Mustajab pernah membuat beliau terfikir untuk menamatkan riwayatnya - bukan sekali, tapi tiga kali.