TENAGA muda belia mereka meluap-luap mengalir tanpa henti, penuh ketangkasan di samping menambat perhatian.
Setiap pasang mata yang layu dek kepenatan bertugas sepanjang hari menjadi segar dan fokus pula tertumpu di pentas Pusat Persidangan Tay Eng Soon di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) ITE Kolej Central tatkala pelajar ITE ini mula menari ligat.