Seri Raya badan Melayu/Islam

Suasana meriah dan semangat Hari Raya terus terasa sedang masyarakat Melayu/Islam setempat masih kunjung-mengunjung manakala ada yang berkumpul demi mengeratkan ukhuwah. Beberapa pertubuhan Melayu - Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura, dan Taman Warisan Melayu - turut merebut peluang dengan menganjurkan majlis perjumpaan Hari Raya pada hujung minggu lalu. BERITA HARIAN menyingkap kenangan yang dirakam dalam majlis tersebut.