Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Seri seni di hujung Aidilfitri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PESTA RAYA DI ESPLANADE

Seri seni di hujung Aidilfitri

Jul 12, 2018 | 05:30 AM



Warna-warni budaya dan warisan muzik serta tarian Melayu dapat pengunjung saksikan di pusat seni terbilang Singapura, Esplanade - Teater Di Pesisiran, mulai hari ini dalam acara tahunannya, Pesta Raya. Bakat tiga negara Nusantara - Singapura, Malaysia dan Indonesia - turut diraikan menerusi pelbagai acara buat segenap lapisan masyarakat. Pesta Raya dijangka menjadi penutup tirai sambutan sebulan Aidilfitri di sini. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan tentang beberapa acara menarik pesta tersebut.



SEBUT sahaja nama gitaris Addy Cradle, pengamat muzik tempatan akan menyifatkannya sebagai antara segelintir 'wira gitar' tempatan yang disegani.



Sungguhpun demikian, Addy, yang nama sebenarnya Addy Rasidi, 43 tahun, tidak membiarkan kedudukan sebagai 'otai' atau 'orang lama' muzik sebagai petanda boleh berbangga dengan pencapaian.



Sebaliknya, usaha tanpa mengenal penat lelah sering digerakkan dalam memperluas kemahiran di luar bidang muzik.



Rangkaian kenalannya juga ditebar bagi mendekati seniman berbilang disiplin termasuk seniman visual mahupun pemasangan video.



Setelah melancarkan album irama campuran rok dan tradisional yang disisipkan dengan buku bertajuk Trancendence: Legenda Ryu Wuri lewat tahun lalu, mindanya lebih terisi dengan ilham kreatif baru.



Ahad ini, Addy akan mengadakan konsert sejam di Studio Resital Esplanade pada 8 malam.



Konsert sempena Pesta Raya2018 itu disifatkan sebagai proses percubaan sebelum memikirkan muzikal sebagai projek skala besar pada masa depan.



Pesta Raya sebagai keramaian tahunan pusat seni Esplanade - Teater Di Pesisiran membuka tirai hari ini. Ia ditaja SPH Gift of Music.



Selama empat hari, orang ramai boleh menikmati sajian muzik pelbagai genre dan tarian oleh penggiat seni Nusantara - baik Singapura, Malaysia mahupun Indonesia.



Addy, yang ditemui Gah! di Esplanade, berkata:



"Ramai tidak tahu mengapa pemuzik seperti saya bersungguh-sungguh malah merancang menghasilkan buku tiga bahagian.



"Kisah pertama ini menyentuh tentang saga cinta putera dan puteri dengan semangat srikandi. Ada juga sisipan kisah raja gila kuasa dan pembunuh dengan kisah silam hitam.



"Namun, bagi saya, inilah yang saya impikan sejak dulu lagi. Karya muzik juga satu penceritaan. Namun, saya enggan muzik saya yang berbaur irama Cina, Indonesia, Jepun dan India sahaja bercerita. Kini kisah kemanusiaan yang diulit suasana fantasi itu benar-benar terakam dalam buku."



Addy teruja apabila mereka yang membeli album dan buku itu mula bertanya tentang watak yang dipaparkan - apa kesudahannya?



Beliau, yang pernah memenangi Anugerah Artis Solo Baru Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM), pun bertuah dapat bekerjasama dengan penggiat seni Norisham Osman bagi konsert itu.



Pelukis Muhammad Izdi, yang melakar komik dan seniman video Wu Jun Han yang menghasilkan grafik bergerak, menyuntik kesegaran pada persembahan malam itu.



"Saya bimbang kalau kemahiran muzik saya akan lapuk ditelan zaman. Walaupun kita 'orang lama', semangat ingin belajar perkara baru dan segarkan persembahan dengan seni tari atau lakonan perlu ada.



"Ini akan menarik minat ramai. Itulah kelebihan anak muda. Mereka punyai kesegaran idea yang boleh tarik lebih ramai hadirin," ujarnya.



Dua lulusan ijazah pengurusan seni Maktab Seni Lasalle, Natasha Fathin Jupri, 23 tahun, dan Iffah Idi, 24 tahun, juga memberi Addy semangat baru sebagai kru.



"Saya pernah terlibat dalam kerja pentadbiran artis bagi Pesta Georgetown di Pulau Pinang. Ada juga pengalaman dalam perihal dikir barat dan orkestra Cina.



"Bekerjasama dengan legenda seperti Addy memberi saya ruang menambah unsur kreatif konsert ini - bagaimana menyatukan seni lain seperti video dan lukisan komik sekali gus," ujar Natasha.



Iffah pula memanfaatkan penglibatannya dalam kerja belakang tabir teater Melayu bagi menambah unsur dramatik konsert ini.



Tiket $27 dan $21 (warga emas, pelajar dan anggota Perkhidmatan Negara) boleh ditempah di kaunter, laman dan talian Sistic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >