Sertai 'qigong' berbaloi - tubuh sihat, raih pingat emas dalam pertandingan, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

Sertai 'qigong' berbaloi - tubuh sihat, raih pingat emas dalam pertandingan

Jan 01, 2019 | 05:30 AM

Usia senja tidak menghalang seseorang daripada terus bergiat cergas. Malah kegiatan di luar rumah boleh membantu warga emas mengurangkan kesepian. Baru-baru ini, Kajian Pengasingan Sosial, Kesihatan Dan Gaya Hidup, yang mengkaji sekumpulan warga emas selama hampir sedekad dari 2009, mendapati separuh daripada rakyat Singapura berusia lebih 60 tahun kadangkala atau pada kebanyakan masa berasa kesepian. Namun, beberapa individu yang ditemuramah wartawan FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) dan NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) berkongsi bahawa dengan memastikan mereka kekal cergas, kesunyian bukanlah masalah besar yang dihadapi mereka.

PERGERAKANNYA perlahan.

Setiap gerakan qigong yang lemah lembut yang dilakukan Cik Saodah Busu dan rakannya yang lain diiringi rentak muzik Cina.

Padahal Cik Saodah, 69 tahun tidak memahami bahasa Cina.

Yang pasti sepanjang 10 tahun lalu, Cik Saodah tidak pernah ketinggalan menyertai setiap sesi senaman itu yang berlangsung di Balai Rakyat Kampong Ubi.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Wadahal senaman qigong dipelopori masyarakat Cina.

"Mula-mula saya hanya ikut-ikut sahaja gerakan mereka.

"Lama-kelamaan, ia jadi sebati dengan amalan harian saya.

"Tiada lagi rasa kekok.

"Malah, tubuh saya bergerak dengan begitu ringan setiap kali lakukan senaman ini," ujarnya yang tidak bekerja.

Cik Saodah, yang menjadi janda sejak 32 tahun lalu dan tinggal berdua dengan anak sulungnya di Sims Avenue, menyertai sesi qigong setiap Isnin hingga Jumaat antara 6.30 pagi dengan 8.30 pagi.

Menurutnya, perbezaan bahasa bukan penghalang baginya ikut serta dalam sesi tersebut yang ternyata memberi kesan positif kepada tubuhnya.

"Kalau tak faham, saya tanya rakan-rakan yang boleh berbahasa Melayu. Mereka kemudian terangkan apa yang diajar pembimbing kami kepada saya.

"Tiada masalah buat saya," katanya yang mengakui mampu menaiki tangga ke flatnya di tingkat tiga dengan selesa.

Anak sulungnya itu, Cik Zaleha Abdul Kader, masih menghidap masalah ekzema kronik.

Anak keduanya, Encik Abdul Karim, meninggal dunia pada 13 Oktober 2012 akibat masalah semput - sama seperti yang dialami arwah suaminya, Encik Abdul Kader Abdullah.

Tidak cukup setakat bersenam, Cik Saodah memasuki pertandingan qigong secara berkumpulan dan perseorangan.

Satu kajian melibatkan hampir 5,000 warga senja oleh pakar penuaan, Cik Angelique Chan, mendapati mereka yang hidup bersama anak-anak, tapi tanpa pasangan masing-masing, didapati berasa keseorangan seperti hidup sendirian.

Satu kajian Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG) yang diterbitkan tahun lalu dan melibatkan 1,919 responden, mendapati golongan lebih tua yang berasa terpencil daripada rakan-rakan berkemungkinan menghidap gejala kemurungan, berbanding mereka yang berasa terputus hubungan daripada keluarga.

Tidak seperti mereka yang terlibat dalam kajian itu, usaha dan penglibatan Cik Saodah dalam qigong berbaloi kerana pada 2012, beliau memenangi hadiah pingat emas dalam Pertandingan Wushu Tradisional Antarabangsa Singapura dalam kategori perseorangan bagi golongan usia 60 tahun hingga 65 tahun, dan juga hadiah pingat emas bagi kategori kumpulan.

Bukan qigong sahaja yang disertainya.

Sejak beberapa tahun lalu, beliau juga menyertai sejenis senaman yang 'menepuk' tubuhnya dengan menggunakan sejenis 'kipas' khas.

"Katanya senaman ini pula baik untuk pengaliran darah. Cik sertai sahaja.

"Alhamdullilah, kini Cik dapat kawal tekanan darah dan kolesterol tinggi.

"Cuma Cik akan perlu jalani sedikit pembedahan pada tiga jari kaki kiri akibat masalah tulang saja. Tapi ia tetap buat kaki saya rasa kurang selesa.

"Yang pasti pembedahan ini tidak akan perlahankan gaya hidup yang saya sertai selama ini," katanya yang mungkin jalani pembedahan itu pertengahan tahun ini.


"Mula-mula saya hanya ikut-ikut sahaja gerakan mereka.
Lama-kelamaan, ia jadi sebati dengan amalan harian saya.
Tiada lagi rasa kekok.
Malah, tubuh saya bergerak dengan begitu ringan setiap kali lakukan senaman ini.

"Kalau tak faham, saya tanya rakan-rakan yang boleh berbahasa Melayu. Mereka kemudian terangkan apa yang diajar pembimbing kami kepada saya.
Tiada masalah buat saya."

- Cik Saodah Busu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map