Sertai sesi bersenam beramai-ramai esok di Wisma Geylang Serai
Dapat cenderamata termasuk akses percuma laman web BeritaHarian.sg, beg sukan WGS
Aug 03, 2019 | 05:30 AM
SERTAI sesi bersenam beramai-ramai di Wisma Geylang Serai (WGS) esok dan berpeluang membawa pulang kad digital Berita Harian (BH) yang memberi peserta akses percuma ke laman web BeritaHarian.sg bagi tempoh dua minggu.
Kad percubaan digital BH itu akan diberikan sebagai sebahagian beg cenderamata khas bagi 200 peserta pertama.