Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Sesetengah minuman, makanan boleh kurangkan keberkesanan ubat

Gaya Hidup
31
0

Sesetengah minuman, makanan boleh kurangkan keberkesanan ubat

Jan 31, 2018 | 05:30 AM

MEMANG sudah menjadi amalan ramai untuk minum apa jua minuman semasa makan ubat.

Ada yang lakukannya semata-mata untuk menghilangkan rasa pahit ubat yang dimakan.

Namun, adakah ia selamat dilakukan dan apakah kesan minuman tersebut kepada ubat?

Bagi mereka yang mengambil sesetengah jenis ubat, mereka mungkin tidak sedar bahawa secangkir kopi yang diminum itu mungkin boleh menjejas keberkesanan ubat atau memberi kesan sampingan.

Diberi nama interaksi antara makanan dengan ubat, sesetengah makanan atau minuman boleh memberi kesan sampingan yang buruk kepada ubat atau memberi kesan sampingan baru jika tidak diambil secara berhati-hati.

Menurut Pakar Farmasi Sengkang Health, Cik Grace Lim Eng Fui, minuman ringan biasanya berasid dan mungkin boleh menjejas penghadaman ubat.

Penghadaman sesetengah jenis ubat mungkin akan menjadi lebih baik tapi ada juga yang dilengahkan.

Tambahan lagi, sesetengah minuman seperti Coke mengandungi kafein.

"Sedang kandungan kafein membantu kita kekal segar, tubuh kita perlu menghadamkannya untuk dikeluarkan dari tubuh.

"Sesetengah ubat mengubah cara tubuh memproses kafein, memperlahankan penghapusannya, justeru kesan kafein pada sistem tubuh itu diperlahan - maka membuat seseorang itu berasa pening.

"Pengambilan kafein juga boleh memburukkan lagi kesan sampingan sementara bagi sesetengah jenis ubat seperti cirit-birit dan pening memandangkan kafein sendiri boleh menyebabkan gastrik dengan rasa tidak selesa yang serupa," katanya lagi.

Pada masa yang sama, produk tenusu seperti susu dan keju yang kaya kalsium juga boleh kurangkan penghadaman bagi sesetengah jenis ubat.

Antaranya penghadaman antibiotik seperti quinolone (termasuk ciprofloxacin, levofloxacin) dan tetracyclines biasanya akan berkurangan jika diambil sama dengan produk mengandungi kalsium, justeru mengurangkan keberkesanan kemampuannya melawan jangkitan.

Seorang lagi pakar farmasi Sengkang Health, Cik Shereen Chan Shimin, berkata air putih sudah cukup untuk diminum bersama ubat kerana ia tiada 'interaksi' dengan ubat.

Sejenis sirap yang membantu mengatasi masalah batuk yang kering, Linctus, pula mengandungi bahan aktif yang menyelaputi tekak dan mengatasi batuk yang tidak selesa.

Justeru, ia tidak harus diminum dengan air.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3