APABILA pelakon Singapura, Shah Iskandar Mahfuz, mengambil langkah berani menebarkan sayap seninya ke Malaysia sekitar 12 tahun lalu, beliau hanya ingin mencatat seberapa banyak nota tentang dunia perfileman.
Ilmu yang dikumpulkan itu ingin dibawa pulang sebagai bekalan bagi memperkasa persada seni lakonan di negara tercinta.