Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Shashi Kapoor meninggal dunia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Shashi Kapoor meninggal dunia

Dec 05, 2017 | 01:13 PM

BINTANG lagenda Bollywood, Shashi Kapoor, meninggal dunia pada usia 79 tahun semalam selepas dimasukkan ke hospital kelmarin, kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Pengarah Eksekutif Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani, Dr Ram Narain mengesahkan bahawa pelakon itu meninggal dunia pada 5.20 petang, 4 Disember di Hospital Kokilaben, lapor akhbar Times Of India.

Menurut doktor itu lagi, pelakon itu mempunyai masalah buah pinggang dan menjalani dialisis sejak beberapa tahun lalu.

Shashi memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem arahan bapanya Prithviraj Kapoor pada 1948. Antara filem lakonannya yang terkenal ialah 'Deewaar (1974), 'Kabhi Kabhie' (1975), 'Satyam Shivam Sundaram' (1978), 'Junoon' (1978), 'Shaan' (1980) dan Namak Halaal' (1982).

Pada 2011, beliau menerima anugerah Padma Bhushan oleh kerajaan India dan pada 2015, menjadi orang ketiga dalam keluarganya menerima Anugerah Dadasaheb Phalke.

Shashi berkahwin dengan pelakon British, Jennifer Kendal.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3