Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

'Shell out' dengan tujuh rasa berbeza makanan laut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

'Shell out' dengan tujuh rasa berbeza makanan laut

Feb 18, 2018 | 05:30 AM



TUJUH rasa berbeza makanan laut.



Itulah yang boleh dijangkakan pelanggan yang melanggani sajian shell out di House of Shell yang terletak di Big Box Singapore dekat Jurong.



Ketam bercili, kupang bersambal, ikan pari kari kuning, lala sambal sos rojak bunga kiantan, sotong sambal udang lada hitam dan kangkong sambal.



Dengan harganya hanya $23.90 bagi setiap pelanggan, sajian yang menyelerakan itu tentunya berbaloi, lebih-lebih lagi jika dinikmati dalam sebuah pusat makanan dengan suasana luas, aman dan berhawa dingin yang diberi nama Yummy Box.



Ruang makan pusat makanan yang luas itu mampu menempatkan antara 800 dengan 1,000 pelanggan pada satu-satu masa.



Dibuka setahun lalu, House of Shell ini baru sahaja meraih sijil halal - sekitar empat bulan lalu.



Semasa ditemui, Cef Eksekutif Makanan dan Minuman (F&B) Big Box Singapore Pte Ltd, Encik David Chia Lye Seng, berkata sejak memperkenalkan konsep shell out itu, sambutan yang diterima amat memberangsangkan.



"Kebanyakan mereka yang datang merupakan keluarga penduduk setempat.



"Tidak kurang juga mereka yang datang bersama sahabat handai.



"Selain penduduk berdekatan, kami diberitahu ada juga penduduk dari timur pulau ini," katanya.



Dibuka dari 11 pagi hingga 9.30 malam setiap hari, waktu sibuk House of Shell adalah antara 6.30 petang dengan 8.30 malam.



Sajian shell out itu dihidangkan di atas plastik dan kemudian dinikmati bersama nasi.



Sajian sebegini sesuai sebagai penjalin hubungan antara rakan dengan keluarga.



"Cita rasanya juga menyelerakan memandangkan tukang masak kami berasal dari Thailand," kata Encik Chia.



Yang hebatnya, cita rasa sajian shell out di situ menawarkan rasa yang cukup rencah dan aromanya memukau - bahan yang digunakan termasuk daun limau, bunga kiantan, selain rampah ratus yang lain.



Selain sajian shell out, kedai makan itu turut menyediakan sajian hotplate dan sajian set.



Antaranya ialah set ayam Mongolia ($7.90); ikan pari bakar ($15); set ayam masam manis ($7.90); dan set nasi ikan bilis atau ikan masin ($7.90).



Sajian hotplate pula terdiri daripada sotong sambal ($15); set daging lembu panang ($7.90); set makanan laut tahu telur ($7.90); dan set ayam/daging lada hitam ($7.90).



Kedai tersebut adalah antara 18 kedai di Yummy Box yang dibuka kepada orang ramai.



Empat kedai, termasuk House of Shell, mempunyai sijil halal, sedang dua lagi masih menanti mendapatkan pengesahan halal.



Bakinya merupakan kedai yang menjual makanan yang tiada sijil halal.



Untuk jangka masa panjang, Encik Chia berkata memang beliau mempunyai rancangan mahu menambah bahan, termasuk makanan laut dalam shell out itu.



"Namun, itu juga bermakna harganya mungkin terpaksa dinaikkan," kata beliau tersenyum sambil menikmati sama sajian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >