Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Shiha nasihati penyanyi baru agar kuatkan semangat, usah cepat putus asa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Shiha nasihati penyanyi baru agar kuatkan semangat, usah cepat putus asa

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



PENYANYI Shiha Zikir menganggap teknologi serba canggih memudahkan seseorang individu bergelar artis tetapi juga menjadikan mereka mudah berputus asa.



Shiha yang nama sebenanya, Nurshiha Mohd Zikir, 29 tahun, berkata demikian melalui laman Instagram beliau.



Shiha yang ditukil laman mStar Online menjelaskan, setiap kerjaya yang dipilih pastinya mempunyai dugaan yang perlu dilalui bagi kekal bertahan.



"Mungkin dalam zaman sekarang ini, mudah sangat bagi seseorang untuk bergelar penyanyi. Sebab itu, mudah juga seseorang itu berputus asa.



"Saya percaya, setiap kerjaya yang kita pilih pasti ada dugaan tersendiri. Kalau semua kerjaya mudah, pasti semua orang atas muka bumi ini akan berjaya," tambahnya.



Pelantun lagu Jagakan Dia ini berkata, beliau juga pernah melalui ujian sepanjang menceburkan diri dalam industri ini.



Berkongsi pengalaman itu, Shiha mendedahkan beliau pernah diarahkan pulang daripada set rakaman sebuah program kerana beliau bukan artis dan sepatutnya dipanggil kru penerbitan.



"Sebab saya pun mengalami benda-benda macam ini berkali-kali. Kalau ikut kata hati, sudah lama saya berhenti.



"Macam-macam hal saya hadapi... orang salam kita tapi tak nak tengok muka, kawan-kawan tikam belakang, kena perli, dulu ada rakan-rakan artis cakap 'kau sedar tak diri kau tu siapa? Kau tak layak ada dalam industri' dan disuruh balik dari studio sebab kru salah panggil artis undangan.



"Tapi saya ni jenis tak putus asa sebab saya tahu apa yang saya nak dan saya sedar perjalanan saya untuk sampai ke tahap sekarang bukan mudah," ujarnya.



Shiha turut memberi nasihat kepada penyanyi baru agar lebih menghargai peluang yang sudah diberikan kepada mereka sebaik mungkin.



Setiap teguran yang diberi, ujarnya, perlu diterima dengan berlapang dada dan perbaiki kelemahan diri bagi menjadi yang lebih baik.



"Buat adik-adik yang sudah diberi peluang yang sangat baik, dikurniakan bakat yang sangat bagus, harap dapat kuatkan semangat.



"Ramai yang nak tengok kita jatuh, tapi hanya diri sendiri sahaja yang mampu tolong diri sendiri," ujarnya.



Awal minggu ini, penyanyi dan penggubah lagu muda, Haqiem Rusli, mendedahkan beliau berdepan dengan kemurungan sehingga meluahkan hasrat berhenti menyanyi.



Namun, luahan hatinya di Instagram mendapat respons daripada beberapa teman sebaya atau lebih senior yang memintanya agar tidak mudah menyerah kalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >