DARI KUALA LUMPUR, MALAYSIA: SAYU lagi menginsafkan dalam melafaz kerinduan terhadap mereka yang sudah pergi buat selama-lamanya. Erti perjuangan, ukhuwah dan persahabatan pula dikupas dalam perjalanan muzik nasyid penuh bermakna.
Begitulah semarak irama nasyid kumpulan Rabbani, Hijjaz dan Brothers yang bergema penuh kesyahduan di pentas gemilang Istana Budaya, Jumaat dan Sabtu lalu, sehingga hati ramai terkesan.