Kemahiran dalam seni rekaan membawa tiga gadis Melayu menjelajah dunia tanpa sempadan yang sebelum ini belum pernah dijejaki. Selain bereksperimen dengan pelbagai kaedah rekaan dan ciptaan inovatif, mereka juga menemui peluang baru atau kecenderungan kemasyarakatan yang tidak disedari sebelum ini. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan kisah di sebalik rekaan anak Melayu yang menyertai Pertunjukan Reka Bentuk Politeknik Temasek (TP) baru-baru ini.
SEKECIL usia 12 tahun, Cik Sitti Nur Syahirah Md Hatta, khusyuk memerhatikan neneknya mengait dan menyulam benang menjadi kerja tangan yang menarik.