Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Singapore Biennale kembali bagi musim keenam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Singapore Biennale kembali bagi musim keenam

Dec 19, 2018 | 05:30 AM



WADAH seni kontemporari antarabangsa, Singapore Biennale, kembali untuk musim keenamnya bermula 22 November tahun depan dan berterusan sehingga 22 Mac 2022, menurut Muzium Seni Singapura (SAM) dalam satu kenyataaan baru-baru ini.



Sedutan acara yang bakal disajikan oleh seniman-seniman yang mengambil bahagian akan diketengahkan dalam Minggu Seni Singapura bulan depan.



Biennale merupakan wadah dialog antarabagnsa dalam seni kontemporari yang karya-karya merupakan tugasan daripada Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan dianjurkan oleh SAM.



Dalam acara yang berlangsung pada 26 Januari ini, seniman Denis Tan dari Singapura dan Vandy Rattana dari Kemboja akan berbincang dengan kurator SAM mengenai hasil seni mereka.



Tan misalnya, merancang untuk memberi 'kehidupan baru' kepada sebuah kolek tradisional, sejenis sampan yang digunakan untuk pertandingan oleh kaum nelayan sementara Tattana memberi perspektif kepada landskap tanah airnya di Khmer yang sering berubah-rubah.



Selain itu, SAM juga akan menayangkan hasil rakaman Vandy berjudul Monolgue and Funeral yang memberi fokus kepada sebuah lot tanah di mana adik dan neneknya ditanam bersama-sama ribuan lain ketika rejim Khmer Rouge pada 1978.



Acara akan turut dimuatkan dengan persembahan eksperimen oleh seniman alat bunyi-bunyian, Arnont Nongyao dari Thailand, dan seniman kelahiran Britain tetapi berpangkalan di Singapura, Zai Tang, yang menggunakan pelbagai bentuk bunyian termasuk binatang yang semakin pupus dan suara-suara di pasar di Thailand.



Pengarah artistik The Biennale, Patrick Flores, dalam satu kenyataanya berkata:



"Hasil seni seniman yang ditampilkan mencerminkan tenaga yang ada dalam Singapore Biennale 2019. Ia merupakan respons kepada keadaan yang mana kita perlu menilai semula kehidupan hari ini, disamping mengajak orang awam agar sering bersedia untuk berpindah minda dalam konteks seni kontempari."



Butiran lanjut mengenai acara-acara Biennale akan didedahkan pada Minggu Seni Singapura, kata kenyataan itu lagi.



Untuk mengintai apakah yang akan disajikan pada Singapore Biennale 2019, sila ke Muzium Seni Singapura di 8Q, 8 Queen Street, Plaza pada 26 Januari, 4 petang hingga 9.30 malam.



Masuk percuma tetapi perlu mendaftar. Sila ke laman www.singaporeartmuseum.sg untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >