Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Siswa segarkan watak dongeng lama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Siswa segarkan watak dongeng lama

Oct 22, 2019 | 05:30 AM



MEMBACA semula kisah dongeng Melayu seperti Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Mahsuri membuka perspektif berbeza bagi sekumpulan siswa dan lulusan Institut Pengurusan Singapura (SIM).



Dengan harapan dongeng ini dapat disatukan bagi membawa iktibar buat generasi penonton teater muda, aktivis Persatuan Budaya dan Muslim SIM menampilkan pementasan separuh muzikal Sandipurwara sempena penerbitan tahunan mereka, Introspeksi.



Sandipurwara yang dipentaskan di Teater Seni Pementasan SIM pada Jumaat dan Sabtu ini mengisahkan tentang kerajaan Prahara Jiwa.



Sultan mendengar suara yang mempesona sehingga mentitahkan dua orang kanannya, Anduka dan Anduki, bagi mencari si buluh perindu itu.



Dalam kembara kedua-duanya yang diibaratkan seperti kembar, mereka bertemu watak dongeng popular yang bukannya si merdu yang dicari-cari.



Ini adalah pementasan kelima Introspeksi dengan pameran berupa foto dan video penerbitan sebelum ini dipaparkan.



Ketika ditemui di pejabat Berita Harian baru-baru ini, pengarah projek Cik Halijah Rasyida Salim, 23 tahun, siswa jurusan komunikasi profesional di SIM-RMIT, berkata:



"Kami memilih kisah dongeng yang dapat dijadikan iktibar, diberi suntikan jalan cerita segar lagi mengambil kira faktor nilai kehidupan mahupun humor.



"Dengan bimbingan mentor kami, Abang Keatar HM, seorang aktivis teater, kami menyelongkar kisah dongeng Singapura dan Nusantara yang popular dan masih diingati. Apakah pengertiannya buat individu yang menonton kelak?



"Kami selarikan dengan kisah kembara Anduka dan Andika. Mujurlah, kami perolehi dua pelakon dalam kalangan siswa kami yang boleh 'ngam' macam kembar. Maka, menerusi merekalah, saya harap penonton akan meraih nilai-nilai hidup, keluarga dan persahabatan."



Siswa ekonomi dan politik, Encik Muhammad Shakir Mohd Anuar, 25 tahun, selaku penolong pengarah projek, pula menambah meskipun muzikal ini berlatarbelakangkan suasana purba, beliau tetap yakin jalan ceritanya menyelitkan isu kepimpinan yang masih boleh dijadikan sandaran dalam konteks masa kini.



Ditanya tentang percubaan sulungnya berlakon, siswa pengajian dan pemasaran sukan di SIM-Universiti Stirling, Encik Muhammad Hidhir Mohd Azmi berkata:



"Awalnya, saya dipilih sebagai kru belakang tabir. Namun, selepas menghadiri beberapa sesi bengkel lakonan, pengarah projek melihat bakat terpendam saya dalam bidang lakonan. Mereka mengusulkan saya membawa watak utama Anduka.



"Tentunya saya teruja, lebih-lebih lagi dapat menjayakan projek dengan sisipan budaya Melayu. Saya sukakan cabaran baru yang menguji kecergasan minda dan fizikal saya."



Penari Dian Dancers, Cik Hazirah Nur-Fatihah Rosli, 22 tahun, siswa kewangan dan perakaunan di SIM-Universiti London (UOL) pula belajar menjadi jurutari tarian kontemporari bagi pementasan ini.



"Saya terlatih dalam tarian tradisional tetapi dalam tugasan baru ini, saya perlu keluar dari zon selesa saya. Banyak kesabaran diperlukan kerana tidak semua penari mempunyai asas tarian Melayu," katanya.



Encik Muhammad Irfan Selamat, 25 tahun, siswa program perniagaan dan pengurusan pula berbangga dengan prop seperti senjata di-raja yang dibuat sendiri daripada suratkhabar, kadbod dan barangan dapur.



"Saya juga lebih tertarik pada peluang bekerjasama dengan syarikat pertukangan kayu dan khidmat busana perkahwinan bagi penyediaan prop kami," katanya.




INFO



DEDAP (DWIMUZIKAL)



Persembahan: Projek Ujong Tanjong sempena Pesta Budaya Melayu



Tarikh: 25 dan 26 Oktober ini



Masa: 8 malam



Tempat: Auditorium Taman Warisan Melayu (TWM)



Tiket: $20 (orang dewasa) dan $15 (pelajar)



Tempahan menerusi: www.peatix.com atau aplikasi peatix



SANDIPURWARA (INTROSPEKSI 2019)



Persembahan: Persatuan Budaya dan Muslim Institut Pengurusan Singapura (SIM)



Tarikh: 25 dan 26 Oktober ini



Masa: 8 malam



Tempat: Teater Seni Pementasan SIM, Ibu Pejabat SIM, Blok D, 461 Clementi Road



Tiket: $18



Tempahan menerusi: bit.do/Intro2019Tickets




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >