Siswa SIM-UOL ubah haluan demi cita-cita jadi pilot
Siswa Kelas Pertama penuhi hasrat terbang tinggi
Apr 19, 2019 | 05:30 AM
SETELAH meraih ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Perakaunan dan Kewangan daripada SIM-Universiti London (UOL), Encik Muhammad A'riff Khan Aziz Rahman, tidak langsung merebut tugas dalam bidang kewangan.
Sebaliknya, pemuda tinggi lampai berusia 28 tahun itu mengejar cita-cita yang dipendam sejak kecil bagi bergelar juruterbang pesawat komersial Singapore Airlines.