SEORANG mahasiswa Singapura, Encik Nurfirman Mohamed, dinobatkan sebagai pembahas ketiga terbaik dalam Pertandingan Bahas Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUDAC) 2017 di Doha, Qatar, baru-baru ini.
Lulusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah itu antara anggota pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menentang pasukan Universiti Qatar di peringkat akhir pertandingan tersebut, yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen Aljazeera dan kesemua pesawat Qatar Airways.