Siti kembali bertenaga dalam konsert di S'pore Expo
Persembahan sempena konsert jelajah di Indonesia, Malaysia dan Singapura
Mar 04, 2019 | 05:30 AM
SETELAH menggantung mikrofon buat seketika menyusuli kelahiran cahaya mata yang dinanti-nanti, penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, akur sukar kembali ke pentas berskala besar bagi mendendangkan lagu-lagu popular yang bernada tinggi.
Apa lagi tatkala diperlukan menjelajah ke tiga negara Nusantara - Singapura, Malaysia dan Indonesia - dalam konsert gah melibatkan ribuan penonton, beliau perlu memikirkan cara terbaik bagi mengasah vokal yang dikhuatiri 'berkarat'.