Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Siti Nurhaliza senangi kolaborasi dengan artis lain

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Siti Nurhaliza senangi kolaborasi dengan artis lain

Penyanyi tersohor Malaysia sukakan suara Aisyah Aziz
Oct 06, 2018 | 11:30 PM



MASIH terbayang di fikiran Datuk Seri Siti Nurhaliza detik beliau bergurau bersama penyanyi Indonesia bersuara serak-serak basah, Judika, tentang kemungkinan menjalin kerjasama dalam sebuah lagu.



Di kala itu, mereka masing-masing tertawa kerana membayangkan betapa lucunya gabungan yang boleh dipanggil kolaborasi 'Jusi' (gabungan singkatan nama Judika dan Siti).



Namun, sesuatu yang hanya menjadi gurauan di pentas Anugerah Planet Muzik (APM) beberapa tahun lalu ternyata membuahkan hasil dengan lagu Kisah Ku Inginkan tercipta buat mereka berdua.



Lagu yang dipersembahkan sehingga merinding bulu roma penonton APM baru-baru ini malah membawa pulang trofi APM buat kededuanya yang dinobatkan sebagai pemenang kategori Kolaborasi Terbaik (Artis).



Siti yang ditemui di Teater MES, Mediacorp, memberitahu Gah!:



"Kerjasama dalam karya muzik itu amat saya alu-alukan. Kerana itu saya suka bekerjasama dengan artis lain tidak kira dari negara mana pun sebab saya dapat belajar dan bertukar-tukar idea dengan mereka.



"Satu syarat yang saya tetapkan apabila berkolaborasi adalah karyanya mestilah bermutu dan artis itu juga komited dan bersungguh-sungguh dalam memberikan yang terbaik kepada lagu yang diusahakan bersama."



Kejayaan lagu duet Siti bersama artis lain seperti Khai Bahar (Cinta Syurga), Hafiz Suip (Muara Hati) dan Faizal Tahir (Dirgahayu) memang tidak mampu disangkal.



Siti juga bekerjasama dengan anak didiknya di dalam Akademi Fantasia 2013, Hael Husaini, bagi single terkininya, Anta Permana, yang sudah ditonton hamper 400,000 kali di YouTube meskipun baru dimuatnaikkan 4 Oktober lalu.



Apabila ditanya tentang kerjasama dengan artis Singapura, Siti tersenyum seraya berkata:



"Itulah soalan yang sering orang ramai tanyakan. Saya tidak nafikan artis Singapura pun berbakat. Saya malah pernah menyanyi dengan juara Singapore Idol, Taufik Batisah di pentas APM dahulu serta konsert di Singapura. Saya juga bergabung dengan Awi Rafael bagi album saya (menerusi lagu Asalkan Aku OK).



"Saya pun suka dengan Aisyah Aziz. Beliau pun anak didik saya di AF2013. Cuma itulah, belum ada rezeki berkolaborasi. Insya-Allah kalau ada rezeki nanti."



Siti dan Taufik juga menyampaikan anugerah APM bersama tahun ini dan mewakili negara masing-masing di Pesta Muzik Asean-Jepun di Tokyo, baru-baru ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >