Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Siti Nurhaliza wanita paling dikagumi di M'sia: Kajian YouGov

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS NUSANTARA

Siti Nurhaliza wanita paling dikagumi di M'sia: Kajian YouGov

Jul 24, 2019 | 05:30 AM



SESUAI dengan gelarannya sebagai penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin kini menduduki tangga teratas sebagai wanita paling dikagumi di Malaysia.



Portal YouGov - sebuah firma penyelidikan pasaran antarabangsa dan analisis data berasaskan Internet - pada Khamis lalu mengumumkan Siti mendahului senarai 24 individu popular tanah air.



Dapatan kajian soal selidik YouGov mendapati Siti mengumpul sebanyak 20.01 peratus untuk markah kekaguman.



Isteri Perdana Menteri Malaysia, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menyusuli Siti di tangga kedua dengan markah 7.54 peratus manakala Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail di tempat ketiga dengan 7.19 peratus.



Tempat keempat dan kelima pula diisi oleh tokoh antarabangsa iaitu pengacara Oprah Winfrey dengan markah 6.4 peratus dan Angelina Jolie (6.3 peratus).



Antara tokoh antarabangsa lain yang disenaraikan ialah Ratu England Elizabeth II (nombor 9, 4.42 peratus), penyanyi Taylor Swift (nombor 10, 4.4 peratus) dan aktivis Malala Yousafzai (nombor 13, 2.11 peratus).



Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor pula berada di tempat ke-19 dengan markah 1.04 peratus.



Bagi kategori lelaki paling dikagumi di Malaysia, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mendahului senarai dengan markah 16 peratus, diikuti angkasawan negara, Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha (9.03 peratus).



Nama lain dalam senarai tersebut termasuk pengasas Alibaba Group Jack Ma (nombor 5, 5.73 peratus), legenda badminton Lee Chong Wei (nombor 6, 5.55 peratus), pelakon Bollywood Shah Rukh Khan (nombor 13, 2.86 peratus) dan Presiden Turkey, Recep Tayyip Erdogan (nombor 10, 3.53 peratus).



Najib berada di tangga ke-15 dengan markah 2.33 peratus.



Bagi tahun ini, YouGov menyenaraikan pengasas Microsoft Bill Gates sebagai lelaki paling dikagumi di dunia (9.6 peratus), diikuti bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama (9.2 peratus) dan pelakon Hongkong, Jackie Chan, di tempat ketiga (5.7 peratus).



Bagi kategori wanita pula, Michelle Obama berada pada tahap teratas selepas naik lapan anak tangga daripada senarai tahun lalu, diikuti Oprah dan Angelina yang jatuh dua mata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >