Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Siti rindu nak jual kuih

Jun 08, 2016 | 01:14 PM



PETALING JAYA: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza berkata, beliau terasa rindu untuk menjual kuih hingga berputik perasaannya untuk melakukan demikian di hadapan rumahnya di Ampang, semasa Ramadan.



Siti pernah menjual kuih-muih pada zaman remaja bersama adik-beradiknya di bazar Ramadan dan keinginan itu timbul lebih-lebih lagi pembantu rumahnya pandai memasak, lapor mStar Online.



"Tidak dinafikan sesekali datang perasaan rindu nak berniaga seperti dulu apatah lagi pembantu rumah saya sememangnya pakar memasak dan berkebolehan membuat kuih-muih.



"Perkara ini membuatkan hati saya beberapa kali terdetik nak membuka sebuah gerai kecil-kecilan menjual kuih-muih di depan rumah sekarang ini.



"Tetapi tidak pula saya suarakan hasrat itu kepada suami, sekadar terniat di hati sendiri," kata Siti Nurhaliza kepada mStar Online.



Menurut Siti, disebabkan kesibukan kerjayanya, maka dia terpaksa memendam perasaan berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >