Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Sri Warisan, kumpulan tari Cina ganding bahu buat persembahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sri Warisan, kumpulan tari Cina ganding bahu buat persembahan

Apr 19, 2019 | 05:30 AM



DUA kumpulan budaya dalam satu persembahan.



Dua nama besar kumpulan warisan budaya tempatan iaitu kumpulan seni persembahan Melayu, Sri Warisan Som Said Performing Arts dan kumpulan tarian kontemporari Cina, Dance Ensemble Singapore (DES) Arts akan bekerjasama dalam satu pementasan tarian-drama, atau taridra.



Bertajuk Whispers from the Dragon's Teeth Gate, ia akan mencerminkan warisan berbilang budaya negara ini.



Taridra tersebut akan dipentaskan di di Auditorium Far East Organisation esok.



Pementasan yang dikomisenkan oleh Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCC) itu akan mengisahkan perubahan Singapura menjadi sebuah masyarakat berbilang budaya sebelum kedatangan Sang Nila Utama.



Ia dipentaskan sempena memperingati Bicentennial Singapura tahun ini, dengan tujuan menyingkap sejarah kaya Singapura lebih 700 tahun.



Pengarah Artistik DES Arts Cik Cai Shiji, telah mengongsi mengenai pengalamanya bergabung bersama kumpulan persembahan seni milik Cik Som Said.



"DES Arts dan Sri Warisan mempunyai hubungan erat selama 20 tahun lantas ini bukan kali pertama kami berkerjasama.



"Namun, pementasan kali ini membawa sedikit kelainan kerana ia lebih berunsurkan drama daripada tarian berbanding pementasan tarian sebelum ini.



"Ia juga melebihi konteks tempatan di mana elemen tarian dari serantau seperti tarian orang Jawa turut diterapkan dalam pementasan ini," ujarnya yang juga pereka tari pementasan itu semasa dihubungi kelmarin.



Para penonton boleh menjangkakan gabungan teknik tarian yang menarik, yang menampilkan pengaruh Cina, Melayu dan Indonesia daripada 24 penari Sri Warisan dan DES Arts.



Pementasan itu juga telah menggembleng tenaga pakar antarabangsa daripada pelbagai bidang.



Ini termasuk ahli sejarah terkenal tempatan Encik Kua Bak Lim, penerima Pingat Budaya dan Anugerah Sumbangan Kebudayaan Cina Singapura serta penulis drama, Encik Han Lao Da, pereka tari dan tokoh terkemuka Indonesia, Encik Didik Nini Thowok dan pereka kostum Peranakan, Encik Raymond Wong.



Muhammad Azhar Ismail, 36 tahun, antara empat penari Sri Warisan yang terlibat dalam pementasan itu menceritakan pengalamannya sepanjang hampir lima bulan berlatih bersama DES Arts.



"Ia agak mencabar bagi saya untuk pelajari lenggok tarian Cina pada awalnya sebab bukan sesuatu yang biasa saya lakukan. Namun, penari Cina dari DES Arts banyak membantu tingkatkan pergerakan kami penari Melayu.



"Saya lihat ia bagaikan satu program pertukaran di mana kami boleh bertukar kemahiran tarian dan idea di samping juga menjalin persahabatan yang erat," kata penari sepenuh masa itu.



Whispers from the Dragon's Teeth Gate akan dipentaskan esok, 20 April, pada 3 petang dan 8 malam.



Tiket berharga $30 dan $40 dan boleh didapatkan melalui SISTIC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >