Stamina Guns N' Roses sudah diperkasa

TENAGA yang meluap-luap, meskipun setiap anggota Guns N' Roses sudah mencecah usia setengah abad, boleh dijangka apabila band rok legenda dari Los Angeles, Amerika itu, menggegarkan Pusat Pameran Changi malam ini.

Promoter konsert Guns N' Roses - Not In This Lifetime Tour di Singapura, Ross Knudson dari LAMC Productions, memberitahu media setempat bahawa band yang popular dengan lagu Sweet Child of Mine itu tampil dengan jurulatih peribadi mereka.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan