Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Suami sumber dorongan majukan 'SimplySiti'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Suami sumber dorongan majukan 'SimplySiti'

Mar 11, 2019 | 05:30 AM



PERNAH wujud tempoh di mana terasa janggal bagi Siti Nurhaliza menggelar dirinya usahawan.



Selaku Presiden dan Pengasas syarikat produk kecantikan SimplySiti, beliau malah pernah merasakan dirinya kurang cekap dan di tahap paling rendah dalam perniagaan.



Ingin sahaja beliau kembali pada kekuatan sebagai penyanyi dan enggan mengusahakan perkara lain.



Mujurlah, suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa meyakinkannya semula agar tidak mudah berputus asa.



Siti yang pernah meniaga teh buatan Sabah, Ctea, menanam tekad bulat bagi memajukan SimplySiti yang hampir sedekad dibangunkan.



"Saya tidak tipulah kalau saya katakan ada tempoh saya begitu down, di tahap remuk-redam dalam bidang perniagaan.



"Semasa menyanyi dahulu, pernah juga terasa dah tak nak nyanyi lagi. Dalam apa jua tugas yang kita buat, akan ada tempoh cabaran datang tiba-tiba.



"Apabila saya beritahu suami (Datuk Khalid Mohamad Jiwa), cukuplah saya fokus pada bidang nyanyian. Tak nak meniaga. Suami kata, 'Jangan putus asa... terus cuba'. Beliau beri sokongan. Alhamdulillah, pejam celik mata dah hampir 10 tahun pun jenama SimplySiti."



Menurutnya, jenama itu lebih menumpukan perhatian pada persaingan di peringkat antarabangsa daripada setakat bersaing dengan jenama tempatan. Beliau yakin produk Malaysia boleh berdiri sama tinggi, lebih-lebih lagi dalam pasaran produk halal.



Sejajar dengan itu, kerjasama dengan institusi kewangan, CIMB Islamic Bank, juga lebih diperkukuh baru-baru ini dengan jenama SimplySiti dibantu menembusi pasaran produk kecantikan halal di luar Malaysia.



Koridor Halal CIMB-Asean yang merupakan rangkaian dagangan diperkukuh yang menghubungkan perniagaan halal di serata China dan rantau Asia ini dimanfaatkan.



Inisiatif Koridor Halal itu dilancarkan pada September tahun lalu dengan tumpuan diberi pada perniagaan pertanian, kosmetik, makanan dan minuman, fesyen yang menekankan kesopanan serta produk farmaseutikal.



"Saya sebenarnya bertuah diberi kesempatan meniaga. Maklumlah, saya bukannya berpelajaran tinggi dalam bidang perniagaan bagi menjaga hal perakaunan syarikat.



"Alhamdulillah, saya mempunyai pasukan yang membantu dalam perihal ini. Kerjasama dengan CIMB sudah terjalin dari awal lagi. Hanya baru-baru ini, komitmen kedua-dua pihak lebih diperkukuh dalam menyokong industri produk halal. Jenama SimplySiti dan produk usahawan lain ingin dibawa pergi lebih jauh lagi," jelas Siti.



Laman The Malaysian Reserve melaporkan SimplySiti Sdn Bhd menetapkan matlamat pertumbuhan jualan sebanyak 50 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >