Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Suara di sebalik Pooh, Tigger dan Christopher Robin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Suara di sebalik Pooh, Tigger dan Christopher Robin

Sep 03, 2018 | 05:30 AM



"POOH dan Tigger, akan terus bersama kita."



Begitu kata-kata selebriti yang meminjamkan suaranya kepada kededua watak tersebut sejak lebih 30 tahun lalu, Jim Cummings.



Filem terkini terbitan Disney, berjudul Christopher Robin, yang turut melibatkan kededua watak itu kini sedang ditayangkan di pawagam.



Laman comicbook memetik Cummings, sebagai berkata bahawa pembikin filem Christopher Robin, Marc Forster, amat kritikal menghasilkan kesan watak Pooh ke atas para penonton.



"Sebabnya Pooh merupakan watak utamanya, maka saya juga rasa bahawa adalah penting untuk orang ramai membiasakan diri dengan suara di sebalik watak itu. Suaranya memberikan suasana selesa dan mengembalikan kenangan lama kepada penonton," kata Forster.



Baru-baru ini, Cummings berkongsi beberapa rahsia tentang filem.



Apakah kisah lama yang anda ingat semasa mula-mula meminjamkan suara kepada Pooh dan Tigger selama lebih tiga dekad?



Pada masa itu, ia hanya satu pekerjaan biasa buat saya.



Lagi pun, orang ramai pun tidak begitu mengenali suara saya.



Bagaimana pendekatan anda terhadap watak Pooh dan Tigger dalam filem terbaru ini?



Filem ini berbeza sedikit.



Saya perlu menjalani rakamannya dahulu, sebelum penggambaran bermula.



Dan sepanjang jalan, ceritanya berubah sedikit, dan saya hanya sesuaikannya mengikut perubahan itu.



Bilakah kali pertama anda tahuyang diri anda mampu gunakan suara untuk "cari makan"?



Semasa usia saya sekitar empat tahun.



Saya akan tiru suara ikan lumba-lumba dan apa jua yang saya dengar.



Kadang kala saudara mara saya pelawa saya untuk keluarkan suara aneh.



Memang aneh semasa kecil.



Ketika itu, ibu sering tegur saya kerana tiru suara-suara haiwan.



Semasa berusia empat atau lima tahun, semasa menonton sebuah rancangan The Jack Benny Show dan Mel Blanc, bapa saya beritahu bahawa Mel Blanc merupakan orang yang meminjamkan suara kartun Sylvester dan Bugs Bunny dan Tasmanian Devil.



Kemudian saya terfikir, bahawa inilah sesuatu yang hebat yang boleh dilakukan sebagai kerjaya.



Akhirnya saya pun jadi sepertinya.



Adakah anda dihargai di atas kerja anda itu?



Saya ada dipelawa tampil dalam rancangan termuramah dan dipelawa tampil dalam beberapa rancangan lain.



Semasa kecil, memang saya hendak jadi popular.



Saya memang ramai kawan semasa kecil, dan mereka selalu dapatkan saya tempat yang selesa dalam restoran.



Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa saya anjurkan banyak konvensyen komik.



Tapi saya sedar yang saya bukanlah seperti Tom Cruise.



Namun saya rasa selesa dengan keadaan saya pada masa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >