Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Suara permata Habibah Othman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Suara permata Habibah Othman

Jul 21, 2018 | 05:30 AM



PENDENGAR radio generasi muda mungkin masih keliru atau tidak ketahui penyanyi asal lagu 'hit' Ku Pohon Restu Ayah Bonda dan Kembara Di Tanah Gersang.



Penulis pernah bertanya kepada golongan belia tentang perkara ini.



Jawapan yang diterima biasanya berbunyi:



"Oh, Ku Pohon Restu Ayah Bonda ialah lagu Raya Mamat Exists. Kembara Di Tanah Gersang pula lagu Ziana Zain."



Mereka mengandaikan demikian kerana dua penyanyi popular itu merakam semula lagu tersebut atas rundingan syarikat rakaman masing-masing dan keizinan penggubahnya, Datuk M. Nasir.



Ditanya apakah perkara sebegitu menyedihkan atau membuatnya terkilan, penyanyi veteran Habibah Othman tersenyum seraya berkata:



"Ini bukan masalah besar buat saya. Banyak lagu lama lain pun diberi sentuhan baru. Mereka yang dewasa pada 1980-an akan tahu lagu sedemikian dendangan asal Al-Jawaher.



"Kalau Nasir beri kepercayaan kepada Mamat dan Ziana menyanyikannya, itu haknya sebagai penggubah lagu.



"Saya juga tumpang gembira apabila lagu tersebut semakin dijulang sebagai lagu malar segar sepanjang zaman. Mamat dan Ziana berikan sentuhan mereka sendiri hingga karya sebaik itu semakin berkesan dan dikenali.



"Orang akan menyanyikannya di mana-mana. Ia juga lagu 'wajib' buat saya setiap kali diundang ke acara badan Islam atau majlis perjumpaan Raya."



Habibah, 58 tahun, ditemui Gah! di Village Hotel Katong baru-baru ini, bagi memenuhi undangan membuat persembahan di acara Sinar Lebaran 2018.



Acara yang dihadiri 150 orang itu dianjurkan MakMok Productions dengan sokongan An Nur Travel.



Beliau juga berduet lagu Perjalanan 2 dengan penyanyi muda popular Khai Bahar dari Malaysia.



Suaranya yang bertenaga dan unik sentiasa terpahat dalam ingatan mereka yang dewasa pada 1980-an.



Mengimbas semula penglibatan dalam bidang seni suara sekitar 1979, Habibah dengan penuh kerendahan hati berkata beliau langsung tidak mengimpikan kehidupan sebagai artis rakaman.



"Pada usia belasan tahun, saya lebih gementar daripada teruja apabila disuruh menyanyi dan merakam lagu bersama Polygram Records.



"Barulah tahu... Oh begini rupanya studio rakaman. Kali pertama dengar lagu di corong radio, macam tak percaya itulah suara kami.



"Lagipun, saya melihat irama nasyid kian digemari dan dibangunkan pada waktu itu dengan adanya kumpulan nasyid berkarisma seperti Al-Mizan dan Hidayah.



"Kami pula memilih nama Al-Jawaher yang bermaksud permata. Oleh sebab itu, apabila tertubuhnya kumpulan nasyid Permata yang menggabungkan vokalis utama Al-Mizan, Hidayah dan Al-Jawaher, ada yang tanya, mengapa permata lagi?" kongsinya.



Anggota kumpulan Al-Jawaher terdiri daripada rakan kelas mengaji dan berzanji di bawah pimpinan pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Ustaz Amir dan Ustazah Hamidah. Atas saranan Ustaz Amir yang meyakini mutu suara anak didiknya, Al-Jawaher ditubuhkan.



Mereka diperkenal kepada M. Nasir yang ketika itu bertugas di Polygram Records.



MASA DEPAN



Mengenai masa depan irama nasyid, Habibah merasai kebangkitannya semula dengan adanya program realiti di seberang Tambak Gema Gegar Vaganza yang masuk musim kedua tahun ini.



"Al-Jawaher diundang bagi membuat persembahan khas di peringkat akhir peraduan tersebut.



"Tak tahu pula Nasir tampil sebagai pengadil. Beliau pun tak sangka jumpa kami di situ.



"Sejurus mendengar saya menyanyi, Nasir sempat komen bahawa suara saya masih bertenaga.



"Bagi saya, apa yang membuatkan nasyid itu begitu terpahat di hati ialah pesanan bernas dalam setiap bait seni katanya.



"Harapan saya ialah generasi masa kini menghayati lagu nasyid dan menjadikannya sumber dorongan. Lagu nasyid banyak pesanan dan pengisian. Ia satu cara muzik boleh jadi penggerak semangat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >