Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10

Suasana Hari Kanak-kanak di merata dunia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Suasana Hari Kanak-kanak di merata dunia

Oct 03, 2019 | 11:47 AM

HARI  Kanak-kanak disambut di Singapura semenjak 1961 lagi. Pelajar sekolah rendah akan dapat satu hari cuti untuk menyambutnya esok.

Dan tahun ini, Hari Kanak-kanak jatuh pada 4 Oktober.

Kalau dulu, ia disambut pada setiap 1 Oktober. Namun, pada 2012, Kementerian Pendidikan (MOE) telah mengisytiharkan bahawa Hari Kanak-kanak disambut pada setiap Jumaat pertama bulan ini.

Di Singapura, ramai ibu bapa yang akan bawa anak mereka bersiar-siar atau melakukan aktiviti menarik.

Bagaimana pula dengan kanak-kanak di luar negara?

INDIA

Hari Kanak-kanak jatuh pada 14 November di India, iaitu hari jadi mendiang Jawaharlal Nehru, perdana menteri pertama India, ia disambut untuk memperingati jasanya terhadap anak-anak muda di India.

Mendiang amat suka akan kanak-kanak dan percaya bahawa merekalah masa depan negara dan harus dilayan dengan penuh kasih sayang dan cinta.

Di India, terdapat pelbagai kegiatan di sekolah seperti persembahan dan festival filem kanak-kanak bagi menyambut hari istimewa ini.

JEPUN

Di Jepun, Hari Kanak-kanak menandakan tamatnya hari cuti pada ‘Minggu Emas’ yang merangkumi empat lagi hari cuti.

Pada awalnya, tanggal 5 Mei dikenali sebagai ‘Hari Anak Lelaki’ manakala 3 Mac pula ‘Hari Anak Perempuan’. Tetapi pada 1948, 5 Mei diperuntukkan untuk Hari Kanak-kanak, bagi kedua-dua lelaki dan perempuan.

Bendera ‘koinobori’ dalam bentuk seekor ikan kap akan dikibarkan di setiap rumah. Pada hari ini juga, kanak-kanak menunjukkan kehargaan mereka kepada guru, ibu bapa dan ahli keluarga yang menjaga mereka.

MEXICO

Dipanggil ‘Día del niño’, hari kanak-kanak di Mexico terjatuh pada 30 April dan disambut besar-besaran di negara itu.
Terdapat pelbagai pesta muzik, pertunjukan ahli silap mata dan juga badut yang menyemarakkan lagi hari ini.

Tapi sedihnya, kanak-kanak harus ke sekolah pada hari istimewa ini. :(

AUSTRALIA

Pada 4 Ogos, Hari Kanak-kanak disambut di Australia untuk menyambut kanak-kanak Orang Asli di situ.

Ia satu cara untuk warga Australia memberi hormat dan sokongan terhadap kanak-kanak Orang Asli, dan betapa pentingnya peranan keluarga dan kanak-kanak Aboriginal dan Torres Strait Islander dalam masyarakat berbilang kaum di Australia.

AMIRIAH ARAB BERSATU (UAE)

Hari Kanak-kanak Emirati disambut pada setiap 15 Mac.

Pada hari ini, kebahagiaan, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak diutamakan dan diraikan.

Pelbagai kegiatan untuk kanak-kanak akan diadakan di sekolah dan juga tempat awam seperti hospital dan pusat membeli-belah untuk meraikan hari ini.

Selamat Hari Kanak-kanak!
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3