Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Sudah jalani sembilan pembedahan walau baru berusia 12 tahun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Sudah jalani sembilan pembedahan walau baru berusia 12 tahun

Oct 28, 2018 | 05:30 AM

SEPANJANG sembilan tahun lalu, Sheikh Umar Azman, telah pun menjalani sembilan pembedahan di kepalanya.

Pembedahan yang melibatkan proses mengeluarkan cecair pada kepalanya itu perlu dilakukan memandangkan dia merupakan pesakit craniopharyngioma atau sejenis tumor otak yang jarang dihidapi, tapi sering dialami kanak-kanak, sejak berusia tiga tahun.

Setiap kali menjalani pembedahan tersebut, Sheikh Umar yang kini berusia 12 tahun perlu habiskan masa sehingga seminggu dua di hospital.

Kini setiap hari, punggungnya disuntik dengan hormon selain memakan tiga jenis ubat.

Kalau kanak-kanak lain, melihat jarum sahaja sudah cukup membuat mereka berasa takut dan gerun - malah menjerit sekuat hati mereka.

Sebaliknya pula dengan Sheikh Umar.

Menurut ibunya Cik Elna Shirin Him Pon, 42 tahun, semua itu langsung tidak mematahkan semangatnya bagi meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain, meskipun tidak seaktif mereka.

"Agaknya sudah jadi amalannya setiap hari, maka dia tahu yang dirinya perlu ubat makan serta suntikan yang amat diperlukannya setiap hari," katanya.

Cik Elna berkata Sheikh Umar merupakan anak yang gemar menghabiskan masanya sendirian.

Apatah lagi - berbanding kanak-kanak lain sebayanya - sejak dahulu lagi dia tahu yang dia tidak mampu lakukan banyak kegiatan seperti mereka.

"Di sekolah dia tidak boleh lakukan kegiatan yang terlalu fizikal. Kini dia seorang yang simple minded.

"Dia terima hakikat tentang keadaannya pada masa ini - yang dilaluinya sejak kecil lagi," kata guru Bahasa Inggeris itu lagi.

Sheikh Umar baru saja menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan mengambil empat subjek peringkat asas.

Namun, Cik Elna Shirin tidak pernah memberi tekanan kepada anaknya itu memandangkan beliau sedar anak sulung dua beradik itu menghadapi masalah perkembangan kognitif.

Bukan sahaja perkembangan fizikalnya yang terjejas, malah begitu juga mindanya selain penglihatannya.

"Saya tidak pernah letakkan jangkaan yang tinggi terhadapnya. Bagi saya, apa yang termampu, itulah kebolehannya," jelas Cik Elna yang sedang mengikuti pengajian Sarjana Linguistik Gunaan (Applied Linguistic) di Institut Pendidikan Nasional (NIE).

Bagaimana pula perasaan anaknya itu?

Menjawab soalan itu, Cik Elna berkata:

"Alhamdullilah, dia tidak pernah soal mengapa dirinya diberi penyakit itu. Dia anggap setiap yang dilaluinya ada sebabnya dan dia terima seadanya.

"Itu yang saya pelajari daripadanya dan kini saya sendiri reda dengan keadaannya itu."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3