Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Sufi kuasai pentas AF

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sufi kuasai pentas AF

Oct 13, 2015 | 10:00 AM



DENGAN seragam merah ala tentera kolonial, Sufi menguasai pentas Akademi Fantasia (AF) semalam, bahkan duduk di takhta raja sambil dikelilingi penari berbaju serba hitam.


Kedengaran ada yang berbisik: "Baju Sufi macam Michael Jackson!" ketika beliau dengan penuh semangat menyanyikan lagu ciptaannya, Kisah Dua Muka.


Syamel pula tampil merentap tangkai emosi penonton menerusi lagu Hidup Dalam Mati yang juga merupakan hasil ilhamnya. Payung lut sinar sarat memenuhi pentas dan tiba-tiba tampil seorang gadis misteri yang muncul sayu ibarat dibasahi hujan.


Pelajar yang dianggap sebilangan masyarakat siber sebagai jenis tak serius dan main-main, Shahrul pula mengajak penonton berpesta belon sehingga ada yang meletup dan membuat seorang dua penonton terkejut melatah.  Sajian pemuda yang berkot kuning itu merupakan lagu popular Bruno Mars, Just The Way You Are. Ia juga ditujukan buat juri undangan, Fauziah Datuk Ahmad Daud yang meraikan ulang tahunnya ke-53 kelmarin.


Satu-satunya bunga dalam kalangan tiga kumbang, Bila pula berseri bak puteri dengan menyajikan lagu ciptaan Edry Abdul Halim, Diam Saja, yang mengisahkan tentang perasaan si gadis yang memendam cintanya buat sang teruna.


Warna-warni AF yang dijuarai Sufi, anak watan Kota Singa, terakam dalam suasana meriah. Prop tersusun rapi bagi setiap persembahan, lantas  menjadi santapan mata yang mengagumkan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Kehebatan setiap pelajar pula terbukti dengan pengetua AF musim ini, Edry Abdul Halim berkata mereka berempat yang dipanggil 'Fantastic Four' masing-masing memiliki kekuatan.


"Sufi bagus dalam aspek teknikal. Nak cari penyanyi yang berdendang dari jiwa, kita ada Bila. Dalam soal tonasi suara, Syamel memang baik manakala peserta berkarakter ialah Shahrul," jelas Edry.


Laporan lanjut di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >