Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Sufi Rashid: Ibu dan isteri bidadari hati saya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sufi Rashid: Ibu dan isteri bidadari hati saya

Penyanyi minta video tular tidak disebar dan disalah anggap
Oct 03, 2019 | 05:30 AM



IBU dihormati dan dikasihi sepenuh hati, isteri pula disayangi jiwa dan raga.



Kalau diminta memilih antara kedua-duanya, penyanyi Singapura dan juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid, payah berbuat demikian.



Malah, di sudut hati kecilnya, Sufi, 28 tahun, menganggap kedua-duanya sebagai bidadari hatinya.



Pelantun lagu Aku Sanggup itu begitu terkesan selepas satu video majlis persandingannya yang dimuatnaikkan ibunya Cik Irma Suriana Mahamud tular di media sosial.



Video itu menunjukkan isteri Sufi, Nurulain Md Yusof, juga 28 tahun, beredar meninggalkan pelamin sewaktu Cik Irma datang bersalaman dan mendakap Sufi di majlis yang berlangsung di Kelab Perkhidmatan Awam Changi, Sabtu lalu.



Ia sudah ditonton lebih 663,000 kali dengan lebih 4,800 perkongsian dibuat di Facebook dalam masa tiga hari sahaja.



Di laman Facebook dan juga menerusi video Instagram Live, Sufi menjelaskan duduk perkara sebenar yang membuatkan Nurulain bertindak demikian.



"Isteri saya bukan tidak hormat atau mahu larikan diri. Malah, sebabkan rasa hormatnya pada oranglah antara sifat yang saya kagumi dari awal saya mengenali dirinya.



"Semasa menunggu ketibaan ibu saya, isteri saya sudah menitiskan air mata. Badan dia menggeletar. Bukan takut tetapi isteri saya sudah bertahun pendam perasaan dengan penuh kesabaran atas 'tindakan' yang diberikan kepadanya.



"Tidak sekali pun isteri saya menceritakan apa yang dia lalui sebab dia tidak mahu mengaibkan sesiapa," jelas Sufi.



Butiran terperinci mengenai apa yang sebenarnya berlaku antara isteri dan ibunya bagaimanapun enggan didedahkan kerana Sufi akur pada prinsip hal keluarga tidak perlu dijaja dan diperbesar-besarkan kepada umum.



Beliau juga berharap orang ramai berhenti daripada berkongsi video tersebut yang boleh disalah anggap dan mengeruhkan keadaan.



Pada Disember tahun lalu, Berita Harian Malaysia melaporkan tentang kemelut yang berlaku apabila ibu Sufi dikatakan berkongsi status Facebook yang membayangkan beliau tidak merestui pertunangan Sufi dan Nurulain.



Kata Sufi lagi:



"Saya memang banyak menerima pesanan peribadi dan pertanyaan mengenai video yang tular itu. Jadi, saya perlu membuat penjelasan bagi menjernihkan keadaan. Di sini, saya menegaskan apa yang anda lihat bukan seperti yang dijangkakan.



"Sejak dahulu, saya memang tidak pernah berkongsi mengenai hal peribadi kerana berpendapat ia aib diri sendiri. Saya pun tiada kontroversi dalam bidang seni. Yang sering timbul di media sebagai kontroversi adalah berkenaan ibu saya.



"Malah, saya juga sering menasihatkan Ain agar tidak membuat sebarang kenyataan atau perkongsian mengenai hal keluarga. Apa saja yang ingin pihak sana muatnaikkan, terpulanglah.



"Biarlah saya dan keluarga terdekat sahaja yang tahu apa yang terjadi. Jika dilihat, isteri saya menggigil dan menangis serta tidak mampu bersalaman dengan ibu saya. Sesiapa saja berhak meluahkan pandangan masing-masing."



Beliau akur pada tanggungjawabnya sebagai anak dan suami. Harapannya ingin melihat dua wanita ini bahagia dan sejahtera.



"Mereka berdua saling menghadapi tekanan dan dugaan dalam kehidupan dunia yang sementara. Tetapi beratnya dugaan mereka, hanya Allah swt sahaja yang tahu.



"Saya minta maaf jika perkara ini sudah melibatkan ramai orang.



"Saya juga minta maaf jika ia membuat orang ramai keliru dan marah secara tidak sengaja. Saya juga memaafkan semua. Saya hanya minta doa yang baik-baik untuk kami semua," ujarnya yang kini berbulan madu di negara berdekatan yang tidak didedahkan.



Video tular itu mendapat pelbagai reaksi dengan sebilangannya mendoakan yang terbaik buat pasangan ini manakala sesetengah warganet lain pula mengecam Nurulain atau mempersoal tindakan pihak yang merakam video atau gambar yang boleh disalah anggap serta mencetus fitnah.



Cik Irma, dalam catatan Facebooknya, melahirkan rasa hampa dan remuk serta mendakwa ada yang menghalangnya daripada memasuki ruang majlis.



Mengulas kehadirannya di majlis Sufi tempoh hari, beliau berkata:



"Sifat kasih sayang terlahir dari hati yang tipis, sensitif dan kelembutan dalam jiwanya walau ia terguris.



"Hatinya sangat peka terhadap perasaan walaupun tidak ditonjolkan. Setiap ibu mahu melihat anak-anaknya berjaya dan bahagia."



Ketika dihubungi menerusi pesanan Instagram, Nurulain memberi jaminan beliau tabah mengharungi segala ujian berupa kecaman warganet yang menyalahanggap tindakannya berkat doa keluarga dan sahabat terdekat dan orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >